• JPEG_20240516_094950_7006379755939717316
  • JPEG_20240504_112006_2455147849501852644
  • JPEG_20240516_094950_3005005760800184673
  • JPEG_20240504_112006_9186335893395815068
1

AHA PUBLICATION

RAYFAL DANIEL - CTNORLIANA

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :


Perkahwinan yang terbina bukan di atas dasar cinta pada awalnya. Tetapi atas dasar keselamatan. 


RAYFAL DANIEL, seorang jejaka berusia 33 tahun. Ditugaskan untuk menjaga ibu mertua dan adik ipar sahabatnya. Demi menjaga dan mengelakkan sebarang fitnah, dia buat keputusan untuk berkahwin dengan gadis yang jauh lebih muda daripada dirinya.


“Kalau abang kahwin dengan Aifa, abang boleh duduk kat rumah ni sekali. Senang. Macam sekarang ni, kita tak ada apa-apa ikatan. Tak elok untuk abang selalu ada kat sini.” - DANNY 


AIFA AIREEN, hanya seorang gadis biasa berusia 19 tahun. Siapa sangka, jodohnya sampai awal. STPM pun tak lepas lagi.


“Abang kahwin dengan Aifa, sebab nak jaga Aifa. Aifa minta maaf dah menyusahkan abang. Nanti kalau selesai semua masalah ni, dah tak ada musuh, abang bolehlah lepaskan Aifa.” - AIFA 


Jika sudah menjadi suami isteri, lama-lama pasti akan berputiknya rasa cinta itu. Sedang mereka meniti bahagia, dugaan hadir satu per satu.


Aifa sakit.


Dan juga, masalah yang ditimbulkan oleh si ibu tiri Danny, Datin Rozi.


"Dasar budak kurang ajar. Sama macam mummy dia juga.  


Menyesal aku tak bunuh dia dulu." - DATIN ROZI 


“Lisa nak nasihatkan abang, tolong hati-hati dengan sesiapa saja yang muncul secara tiba-tiba dalam hidup abang.” - LISA 


“Kematian mummy kau, bukan kerana kanser. Tetapi dibunuh.” - GHAZALI