AHA PUBLICATION
HER CHOSEN ONE - CIK MARDIAH
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
Diangkat sebagai isteri dan dicintai selayaknya oleh seorang lelaki bergelar suami merupakan hal terbaik yang berlaku dalam hidup NUR SABRINA. Hasil perkongsian hidupnya bersama DAZRIN ARMANSYAH, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata pelengkap keluarga. Cukup dengan itu saja, Sabrina merasakan hidupnya lengkap dan serba-serbi sempurna.
Bahagia yang dirasai di saat bergelar isteri tiba-tiba musnah dalam sekelip mata angkara orang ketiga. Tidak diketahui apa puncanya, lelaki yang sama yang pernah menjanjikan bulan dan bintang akhirnya tega berlaku kejam ke atas dirinya. Dia diduakan.
“Abang nak tamatkan hubungan kita?” – SABRINA.
“Saya akan gantung awak tak bertali,” – DAZRIN.
Dunia Sabrina kelam berselubung derita apabila cinta dan setianya dikhianati sang suami. Namun, tatkala semuanya terbongkar, Sabrina tidak menyangka bahawa dialah yang menjadi punca kepada kemelut yang hampir saja meruntuhkan mahligai syurganya.
“Abang minta maaf…” – DAZRIN.
Apakah sebenarnya yang berlaku di dalam rumah tangga Dazrin dan Sabrina?
“Awak memang perempuan yang tak kenang budi. Awak pembelot!” – SABRINA.
Siapakah ‘dia’? Dan, apakah sebenarnya niat ‘dia’ yang tiba-tiba muncul menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga mereka berdua?