HA NOVELS PUBLICATION
NOVEL KAPTEN ZULU AMRI - HASH AULIA
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
“Maaf terpaksa tinggalkan kau pada malam pertama kita. Kerana sumpah setiaku pada negara, memerlukan aku tika ini. I will back, in one week.” – Kapten Zulu Amri.
“Faham. Jaga diri. Jangan sampai I jadi janda dalam masa seminggu.” – Iris Sakura ‘
Tak pernah terfikir yang dia akan ditinggalkan pada malam pertama mereka. Tapi, itulah pengorbanan yang harus dia lakukan bila bergelar isteri kepada seorang tentera. Namun, tiada rasa pilu di hatinya kerana mereka berkahwin bukan atas dasar cinta. Perginya Zulu, langsung tak memberi apa apa kesan. Kerana yang lebih menyakitkan hati, adalah keluarga sendiri. Hidup dengan keluarga toksik, benar benar buat Iris hilang sabar.
Hari pertama bergelar isteri, dia dijemput pulang ke rumah gara-gara duit hantaran!
“Mana duit hantaran tu? Duit tu milik ayah. Ayah nak.” Kak Mila.
Tak cukup dengan itu, segala perbelanjaan di dalam rumah, bil api dan air, serta duit shopping kak ipar, dia juga yang menanggung! Mereka ibarat lintah yang suka menghisap darah orang! Lantas, keputusan mendadak dia pilih. Buang keluarga kandung dan hidup bersama Zulu Amri. Namun, disaat mereka mengecapi bahagia, ada satu kejadian tak diduga, sedang meragut nyawanya.
“Kapten Zulu code sign Night Ghost. Kamu dikecualikan dari operasi ni."
“Aku akan pergi. With team, or without team! She's my wife! I will save her no matter what happened! Safe and sound! Thats how she will live in this life.” - Zulu Amri
Demi Iris, nyawa rela dikorbankan walaupun mereka tak pernah bercinta kerana tanggungjawab mendahului cinta.
Dan apabila mereka bercinta, Iris pula yang pening kepala kerana setiap masa si suami perlukan charge.
“I need charge untuk kekalkan tenaga demi memastikan you hidup dengan aman. Tugas I, jaga negara. Tugas you, jaga I.” – Kapten Zulu Amri
Dalam mengelak, Iris menyerah. Bawa ego, tak sedar hati dah tersungkur. Kalau musuh pun tak mampu kalahkan aura Zulu Amri, inikan pula dia seorang wanita yang kalah dengan belaian. Bukan setakat tersungkur, tapi jatuh tergolek golek.