AHA PUBLICATION
KILL CLEAN LOVE - IBRAHIM JH
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
Malas mahu berfikir panjang, Kamal nekad menyertai organisasi rahsia tersebut. Hanya kerana ingin mendapat habuan lumayan dalam masa yang singkat. Darah muda ditambah sikapnya yang berani tak kena pada tempat, dia menghumban diri dalam keadaan bahaya.
Apabila dia menyelamatkan wanita asing itu, langsung tidak disangka perasaan itu akan datang perlahan-lahan. Dia jatuh hati pada Zahira. Jadi, kehilangan Zahira secara tiba-tiba membuatkan dia mengikut kata hati mencarinya melalui klu yang ditinggalkan.
Walaupun dia perlu bermain dengan ajal.
“Kalau nak ikut kata hati pun, otak tu jangan lupa guna.“ - LOKI
Kontraknya dilanggar, maka dia mulai dikejar Cleaner Hunter yang bertugas menamatkan nafas mana-mana cleaner yang melanggar cleaner code. Di setiap pelusuk, pasti akan diburu tanpa ada belas. Dalam masa yang sama, nyawa kedua-dua rakannya turut dipertaruhkan.
“Aku… aku tak paksa korang ikut. Hah? Ada aku paksa? Ada tak?” - KAMAL
Nak menyesal sudah terlewat. dia hanya boleh berharap akan tiba pertolongan yang didoakan.
Kerana Zahira.
Kerana cleaner code.
Mereka dalam bahaya.
“Oh. Kau nak peluang?” Mata lelaki itu terbeliak. “Kau tahu sebab apa kau ada kat sini, kan? Kau sedar tak apa yang kau dah buat?” - DATUK CHEONG
Adakah gembira atau sesal yang menanti di penghujung jalan?