HA NOVELS PUBLICATION
NOVEL LEFTENAN UMAR AKIF - HASH AULIA
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
“Saya nak you kahwin dengan anak saya, Ellia.” - Mejar Jeneral Hashim
Akif tergamam. Arahan ni.. dia tak pernah diajar semasa Latihan komando. Kahwin? Dengan anak Mejar Jeneral Hashim? Dengan puteri ais batu? Dengan model Victoria Secret tu? Crush semua orang? Termasuk diri sendiri? Rasa seperti bermimpi. Berat bibir nak bersetuju, lagi berat nak menolak. Seakan rezeki jatuh bergolek, mana mampu dia menolak. Lantas, Akif bersetuju walaupun diberi amaran oleh Kapt Dr Fara Ellia. Bagi dia, rezeki jangan ditolak!
“Saya setuju, tuan. Saya pandai lap stethescope.” - Leftenan Umar Akif
Dan bagi Kapt Dr Ellia, semua ini adalah mengarut! Mana mungkin dia berkahwin dengan Leftenan Akif sedangkan cintanya hanya untuk Kapten Ajmal. Mustahil!
“Saya takkan kahwin dengan lelaki saya tak cinta. Saya impikan perkahwinan yang Bahagia. Saling menyayangi dan mencintai. Bukannya benci membenci. Jadi, tolak lamaran daddy. Kita mudahkan urusan masing-masing.” – Kapt Dr Fara Ellia.
“Itu bukan masalah besar, puan. Saya akan pastikan puan mencintai saya sebelum perkahwinan kita sehingga puan tak sanggup nak berpisah dengan saya.” – Leftenan Umar Akif.
Bermacam cara Akif lakukan supaya Ellia berlembut hati. Lukakan diri sendiri. Minta kawan tumbuk. Sebut apa saja? Semuanya dia buat demi berjumpa dan meraih sekeping hati beku itu.
“Bahu tegak. Mata fokus. Breath in, breath out. Aim betul-betul. Bayangkan target depan mata tu, musuh kita.” “I tengah bayangkan kepala you dekat depan tu. Biar bersepai otak.”
“Make sure tembak tepat ke jantung saya, puan. So that, I will fall for you. Harder.” Siapa sangka, Akif yang bermuka dingin tapi bermulut manis itu sebenarnya lelaki sejati? Dalam menafikan, tanpa sedar, hati mula terpaut. Bila jauh, dia mencari-cari. Bila takde depan mata, dia ternanti-nanti. Mampukah Kapt Dr Fara Ellia menolak kehadiran lelaki itu sedangkan pada hakikat, hatinya dah mula menyimpan perasaan?