• JPEG_20240516_144255_353275689388040879
  • JPEG_20240516_143836_3648799624679190181
  • JPEG_20240516_143836_2046354216211799263
  • JPEG_20240516_143836_5027942179951322252
  • IMG_2791
  • JPEG_20240516_143836_9075215400248089752
  • Bizny_1689451441277
1

AHA PUBLICATION

LUQMAN ANNASAIE - LEENA SYIHA

Regular price
RM 68.00
Sale price
RM 68.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products
BLURB : 
 
Dahulu dia berada dalam takuk kejahilan, tidak tahu apa-apa. Perlahan-lahan berubah menjadi Luqman Annasaie yang berwajah baru. Belajar di Madinah. Berhijrah.  

Lapan tahun merantau, Luqman pulang ke kampung halamannya. Dengan niat yang kuat untuk mengambil hati sang ibu yang tidak pernah menerima sosok barunya.

“Kau bukan anak aku! Kau berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi!” - PUAN ALIA

Di kampung, seakan tiada peluang untuk mak menerima kehadirannya. Segala perkara dia usahakan untuk meraih hati mak langsung tidak dihargai. Ditampar, dihalau rumah, diherdik, dicampak barang ke tanah.. Semuanya sudah dia rasa. 
 
Bukan hanya mak, dia juga berusaha meraih kemaafan teman lama yang dikhianatinya, Warda Ashikin. Kerana dosanya yang lampau, sahabat yang sebelum ini sangat baik berubah menjadi sangat tidak disangka-sangka.

“Gila tak kenal. Pengkhianat macam kau. Sampai mati pun takkan lupa.” - WARDA ASHIKIN 

“Lapan tahun cucu aku menderita selepas apa kau cuba buat. Bukan mudah dia nak maafkan kau.” - TUK IKRAM 

Lelah. Lelah mencari penyelesaian bagi setiap masalah. Hanya kepada Tuhan dia dambakan pengharapan dan penyelesaian.
  
“Kau kena kuat.” - AMEER  

Luqman hanyalah hamba yang mendambakan cinta Tuhannya.


BLURB : 

Bumi Madinah. Setelah setahun pulang ke tanah air, akhirnya Luqman kembali ke negeri keduanya ini. Kali ini berbeza kerana dia tidak lagi sendirian. Punya isteri di sisi bersama kedua-dua orang tuanya, juga Tuk Ikram pencinta al-Quran.

Bertemu dengan Ameer menjadi sesuatu yang sangat dirindui Luqman. Gembira dapat kembali bertemu sahabatnya itu. Namun, pertemuan dengan Dr Mughirah mengubah segalanya. Persahabatan yang sedia bersalut curiga kini bertambah-tambah barahnya.

“Ini saya, Luqman... Dr Mughirah, lelaki yang jalankan pembedahan kamu pada tahun 2011. Kamu tidak ingat saya?” - DR MUGHIRAH

Ameer rupa-rupanya menyembunyikan sesuatu yang sangat besar daripadanya. Sesuatu yang disimpan lapan tahun lamanya.

“Ingatan aku hak aku. Kau tak patut kawal hidup aku, Ameer!” - LUQMAN ANNASAIE

“Kalau begitu, kau akan berasa jijik dengan diri sendiri hingga akhir hayat! Hatta aku dapat rasa yang kau tak akan sanggup untuk balik ke kampung kerana berasa terlalu jijik!” - AMEER UTHMAN

Rahsia demi rahsia terbongkar. Membarahkan luka yang tersimpan dalam memori lama yang sudah hilang.Rahsia yang dipegang sahabat itu rupa-rupanya sangat melukakan.

“Kisah ini sangat pahit untuk kau, Luqman.”- AMEER UTHMAN

“Walau apa pun yang berlaku, awak tetap suami saya dunia akhirat.” - WARDA ASHIKIN

“Maka dalam setiap perkara, berdoalah pada Allah kerana Dia Maha Mendengar.” - TUK IKRAM