• 46_20241121_122538_0003
  • IG RBB 8.0_20241121_124006_0006
  • penerbitanaha_bfc931b3e9874246bd44b33338d3424d
1

AHA PUBLICATION

ORANG GAJI TENGKU ERVAN - FARA HANA

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :


Kerana cintakan Yusoff, Hazel jadi buta. Sanggup bekerja sambil belajar untuk memenuhi kehendak Yusoff. Bukan satu kerja malah dua kerja yang dia lakukan termasuklah menjadi orang gaji kepada Tengku Ervan. Itupun Yusoff masih tidak bersyukur. Hazel dihina dan dicaci sepuas hatinya.


“Kalau setakat nak bagi aku hadiah handphone buruk macam ni baik tak payah. Sudahlah Hazel, aku dah bosan dengan kau. Kau asyik kerja sampai tak ada masa untuk aku. Ingatkan kerja beria banyaklah sangat duit boleh bagi aku hadiah yang best tapi hampeh!” – YUSOFF.


Lelaki seperti Yusoff langsung tak pernah bersyukur malah tanpa segan silu menginjak maruah Hazel tanpa rasa bersalah malah di hadapan majikan Hazel pun Yusoff berani berkata yang bukan-bukan tentang Hazel. 


 “Tak ada apa yang nak dibincangkan lagi. Tengku dah buatkan maruah saya ni seperti di bawah tapak kaki je. Jadi apa lagi yang tinggal untuk dibincangkan? Tak ada! Sudahlah… saya tak nak ada kena mengena dengan Tengku lagi. Saya nak berhenti kerja. Saya tak nak tengok muka Tengku lagi.” – HAZEL.


Kerana Yusoff, Hazel salah sangka. Kerana Yusoff tak pasal-pasal Hazel diculik bersama Tengku Ervan. Semuanya kerana Yusoff. Tak pasal-pasal demi menyelamatkan Hazel, Tengku Ervan canang pada penculik bahawa Hazel itu adalah isterinya.


 “Aku boleh bagi berapa banyak pun yang kau nak asalkan kau lepaskan aku dan isteri aku dengan selamat.” – TENGKU ERVAN.


Konflik timbul apabila keluarga Tengku Ervan mahu mereka berdua tinggal bersama tanpa menyedari tiada ikatan yang sah pun terjalin sebenarnya. Buntu masing-masing dibuatnya takut terkantoi. Mampukah mereka menahan godaan cinta yang mula menyinggah atau masing-masing akan kembali kepada hidup sebelumnya setelah semuanya terbongkar?