AHA PUBLICATION
I AM NOT FOR SALE - CIK ZALIKHA
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
“Kau ingat ya perempuan, kau jangan jumpa anak aku lagi! Dasar kaki kikis duit! Harap aje muka cantik, tapi hati busuk!” - Mak Cik Hasnah.
Kata-kata seperti itu sudah sebati dengan hidup Neldia Rose. Daripada dahulu sampailah sekarang dia digelar ‘gold digger’. Rasanya bukan setiap setahun tetapi setiap seminit mungkin teman lelaki bertukar ganti. Seorang demi seorang menjadi mangsa, tempat untuk Neldia Rose mengikis duit.
“Tak sangka kau rupanya perempuan yang tolak pinangan Aiman tu. Well…aku bakal adik ipar dia. Patutlah kau dengan dia jodoh tak panjang. Rupa-rupanya perangai dah jelas-jelas tunjuk yang kau tak layak dengan dia.” - Nik Ashraf
“You siapa judge I macam tu? You belum kenal I lagi. Oh… lupa. I baru perasaan ayat you tadi. Siapa? Adik ipar? Maksudnya you bakal suami Adindalah ni,kan? Baguslah. Kena sangat perempuan lahanat tu dengan you!” - Neldia Rose.
Pertemuan Neldia Rose dan Nik Ashraf tidak seindah yang disangka. Baru pertama kalli berjumpa, tanggapan lelaki kaya itu telah menilainya sebagai seorang wanita yang teruk. Bengang dengan sindiran lelaki itu, Neldia Rose merancang ingin memporak-perandakan hubungan diantara Nik Ashraf dan Adinda..Tambah pula, Adinda adalah musuh ketatnya. Inilah peluang untuk dia membalas dendam kepada pasangan yang kononnya sejoli itu.
Tak sempat nak mulakan rancangan, tiba-tiba Neldia Rose pula yang dituduh menyihir Nik Ashraf pada malam itu. Menyebabkan mereka tertangkap oleh orang kampung yang membuat rondaan dan dikira melakukan benda yang bukan-bukan.
“Neldia, please. Aku sangup bayar berapa sahaja atas perbuatan tadi. Asalkan kita tak kahwin. Please!” - Nik Ashraf
“I am not for sale, Mr Nik Ashraf.” - Neldia Rose
Tanpa kerelaan, mereka dikahwinkan. Dengan meletakkan beberapa syarat serta perjanjian, hubungan mereka cuma untuk satu bulan dan segala harta Nik akan menjadi hak milik Neldia Rose selagi bergelar isteri. Disangka Neldia Rose bakal meratap seperti wanita lain yang bakal ditinggalkan suami malah tidak. Neldia Rose tetap tersenyum malah menyokong, siap menentukan tarikh sendiri untuk perpisahan mereka.
“Kenapa I nak kena ikut cakap you?” - Neldia Rose
“Because I’m your husband. Seorang isteri wajib ikut cakap suami.” - Nik Ashraf
“You anggap diri you suami I? seriously?” - Neldia Rose
“Well, terpaksa.” - Nik Ashraf
Apakah perjanjian mereka akan berakhir seperti yang dirancang?
Teruskan kontrak perjanjian atau diri sendiri yang akan menyesal.