• IMG_4863-1726655454955
  • IMG_4864-1726655454963
1

AHA PUBLICATION

I'M SORRY REVAMP - MIA AZWARI

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :



Ezza Kirana dan Uzzam Nufail…


Takdir menemukan mereka menjadikan mereka saling bergantung di antara satu sama lain demi mencapai impian masing-masing.


Bagi Nufail, kehadiran isterinya membuatkan hidupnya lengkap dan perjalanan hidupnya berjalan lacar. Tapi tidak untuk Ezza. Selepas berkahwin, kerjayanya sebagai model sering dikaitkan dengan nama suaminya yang merupakan pereka fesyen terkenal. Ditambah pula mereka terpaksa tinggal berjauhan menyebabkan Ezza kesunyian dan tawar hati untuk meneruskan perkahwinannya.


 Ezza mula menuntut perpisahan. Alasan tidak sefahaman diberikan kepada si suami. Nufail kecewa. Demi menyelamatkan rumah tangganya, Nufail korbankan kerjayanya dan pulang ke Malasyia.


 Di saat perkahwinan mereka hampir terlerai, Ezza terlibat dalam kemalangan. Nufail yang tetap setia di sisi isterinya merayu agar perpisahan mereka tidak akan terjadi.


 â€śJanji dengan Ezza dulu. Abang takkan tinggalkan Ezza tak kira apa yang bakal berlaku dalam hubungan kita kelak. Tolong… tolong berikan Ezza jaminan yang abang takkan tinggalkan Ezza.” - Ezza 


 â€śI promise, sayang. I promise.” - Nufail 


 Peluang kedua yang diberikan kepada Ezza sangat dihargai oleh Nufail. Ezza dilayan umpama menatang minyak yang penuh. Namun saat rahsia hitam isterinya terbongkar, Nufail jatuh tersungkur ke tanah.


 â€śAku tak mampu nak pandang muka kau sekarang. Setiap kali aku tengok muka kau, aku akan bayangkan kau berzina di belakang aku.” - Nufail 


 â€śTak, abang. Demi Allah. Ezza tak pernah berzina di belakang abang.” - Ezza 


 Hukuman yang dikenakan ke atas Ezza sekelip mata mengubah kehidupannya. Ditambah pula dengan kemunculan Adya di sisi suaminya, makin meranapkan impiannya untuk kembali ke sisi Nufail.


 Jika perpisahan membahagiakan Nufail, Ezza reda…


 Kerana dari awal lagi dia sedar, dia bukan yang terbaik untuk Nufail.