HAXEL SIGNATURE
PRINCESS MR. HEARTLESS - NUR HAXEL
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
Hadirnya Syed Ian Harith dalam hidup Tengku Madeleine Aisha membuatkan hidup gadis itu berubah sekelip mata. Ingatkan pertemuan mereka hanyalah pertemuan pertama dan terakhir memandangkan masing-masing tak suka antara satu sama lain. Namun seakan sesuatu mengikat antara mereka berdua sehingga di mana Aisha berada di situ juga Ian Harith hadir menjadi penyelamat.
Terima Aisha dalam hidupnya bukan satu pilihan pada mulanya tetapi kerana terpaksa. Satu tujuan untuk dapatkan haknya kembali memaksa dia menerima gadis itu. Tetapi lama kelamaan, hatinya mula tercuit dengan kerenah Aisha. Daripada berniat ingin menolong gadis itu keluar daripada bayangan bekas kekasih namun tanpa sedar dia sendiri jatuh pada perbuatannya sendiri.
Lamaran dihulur dan Aisha menyambutnya tanpa berfikir panjang. Setelah janji termenterai, hati mula berbolak balik. Dirasakan hubungan dengan Ian Harith adalah satu kesilapan, dia cuba tarik diri sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Namun bukan semudah itu untuk Aisha lepaskan diri daripada Ian Harith.
“Call off the wedding.” – Aisha
“You are mine. Once you’ve decided to be mine, no turning back. Mine is mine.” – Ian Harith
Pasrah dengan ketentuan, Aisha cuba buka hatinya untuk ikhlaskan dirinya menerima Ian Harith sebagai suaminya. Hari pertama menjadi seorang isteri kepada lelaki itu, satu per satu rahsia suaminya terbongkar. Sekaligus menambahkan rasa marah Aisha pada suaminya itu.
Mampukah Aisha menerima Ian Harith setelah terungkapnya rahsia yang tersimpan rapi itu? Siapa dalang di sebalik semua yang terjadi? Dan mampukah rumahtangga mereka bertahan hingga ke akhir setelah satu nyawa terkorban?
“I will never let you go from my life because you will be stuck together with me for the rest of your life. You belong to me, Madeleine Aisha.” - Ian Harith