BOOKU HATI PUBLICATION
AFTER SHE LEFT - ACIK ZAZA
- Regular price
- RM 31.50
- Sale price
- RM 31.50
- Regular price
-
RM 35.00
Share
BLURB :
Latifa, seorang pekerja yang bagus. Dia dinaikkan pangkat menjadi pengurus projek dan dipindahkan ke Kuala Lumpur.
Di sana, dia tinggal di rumah yang disediakan untuk pekerja. Tinggal di situ, dia berkenalan dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang merupakan anak kepada jirannya.
Malang sungguh nasibnya, kerana dia telah dituduh bapa kanak-kanak itu menculik anaknya. Sikap dingin dan sombong lelaki itu membuatkan Latifa meluat dengannya. Lebih-lebih lagi lelaki itu memanggilnya dengan nama Acik Tipah.
"Kalau Acik Tipah buat baik dengan anak saya sebab nak ngurat bapaknya, lupakanlah niat tu. Saya dah serik kenal perempuan spesis Acik Tipah ni. Jangan mimpi saya akan suka awak!" - RUZAYN
"Amboi. Confident betul awak ni ya, Pak Mat!" - LATIFA
Perbahalahan demi perbalahan antara mereka berlarutan sehinggalah salah seorang menyedari, hati sudah terjatuh cinta.
"Tak sedar diri tak laku, nak jual mahal pula. Let go ajelah murah-murah" - LATIFA
"Benda mahal dan berkualiti, maknanya ada value. Tak laku sekarang, satu sama akan jumpa juga orang yang mampu memilikinya..." - RUZAYN
Kerana lidah Ruzayn yang tajam bak pisau, sedikit sebanyak mengguriskan hati Latifa. Rasa maruahnya dipijak, dia memilih untuk pergi.
Ruzayn - Kehilangan kali ini rasanya amat sakit. Lebih sakit saat dia ditinggalkan bekas isterinya, Adila.
Mahu memujuk dia malu. Mahu menjejaki Latifa pula dia tidak tahu di mana.
Apakah dia tega terus melepaskan rasa itu pergi?
Mampukah dua hati menyatu tatkala bekas tunang Latifa dan bekas isteri Ruzayn hadir semula meminta peluang kedua?