AHA PUBLICATION
ANA FADHL, REAL ANGEL - LUCE DEL CIELO
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
“Menguasai hidup dengan impian dan tujuan yang jitu!”
Nur Fadhila dan Nur Faiza.
Mereka berdua adalah adik beradik kembar. Kendatipun mempunyai wajah yang sama, Nur Fadhila dan Nur Faiza mempunyai kriteria yang sangat berbeda. Nur Fadhila bagai bayang-bayang buat Nur Faiza.
Jika Nur Faiza seorang gadis yang bijak dan lihai, makanya Nur fadhila akan menjadi yang sebaliknya. Kerana rasa malu atas satu cerita, Tuan Yunus membuat keputusan yang besar. Nur Fadhila perlu duduk di Singapura!
Tengku Karl Rayden. Dia seorang jejaka yang sigap dan tampan. Ketinggiannya yang 182 sentimeter itu membuat aura lelaki itu terasa mengancam! Lagi-lagi, lelaki ini mempunyai latar belakang keluarga yang sangat dipandang tinggi.
Tengku Karl sangat mementingkan kesempurnaan. Kalau boleh. Semuanya perlu tampak elok. Walhal, kita sedia mafhum di dalam dunia ini tidak ada yang sempurna kerana semuanya bersifat sementara.
Tahun demi tahun, Nur Fadhila kembali ke Malaysia. Satu kejutan, Tengku Karl dan Nur Faiza bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Namun begitu, apa semuanya akan ternoktah begitu sahaja?
“Dia bakal suami aku. Jauhi abang Karl!” - Faiza.
“Jangan pura-pura tak kenal! Sedangkan aku nih cinta pertama kau!” - Karl.
Sebuah tragedi berlaku, apa Nur Fadhila akan terus berjalan atau sebaliknya?
“Awak bukan untuk saya.” – Fadhila.
“Percayakan aku, kau memang untuk aku.” - Karl.
‘Setiap insan itu mempunyai perjalanan hidup yang perlu ditempuh. Kesilapan dan kegagalan memberi insan itu erti pengajaran. Belajar dari itu, maka kau akan mampu menjangkah ke depan untuk mengecapi sinar akan datang.’