ANTARA KITA - KINA ADIYA
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
Detik perkenalan Hana dan Izham bermula di kolej, saat Hana sedang asyik memerhatikan pemain bola tampar yang dia lihat semasa menonton perlawanan bola tampar. Tidak disangka Izham, lelaki digilai ramai itu merupakan pelajar satu fakulti dengannya.
Pertemuan pertama mereka tidak bermula dengan baik apabila bola yang ditampar Izham terkena tepat pada Hana. Baru berjumpa mereka sudah bertikam lidah.
“Itu sebab kau belum jumpa yang empat puluh peratus tu lagi. Aku dalam kalangan empat puluh peratus tu!” - Hana
Pertemuan demi pertemuan secara langsung membuahkan persoalan dalam hati masing-masing. Tambahan pula apabila tersebarnya gosip liar antara Hana dan Izham menambah rasa serba-salah yang bersarang di hati Izham.
“Berapa lama benda tu, baru hari ni kau ingat. Lain kali raya baru minta maaf.” - Hana
“Kalau raya baru minta maaf, aku kena raya sekali dengan kau.” - Izham
Pada malam prom night di kolej menambah gundah dan kekeliruan Hana. Betulkah apa yang dia dengar?
“If we ever meet again in future, aku nak berkenaian semula dengan kau dan izinkan aku untuk propose kau.” - Izham