• Shopee RBB 4.0_20240626_141942_0000
  • 35_20240816_100720_0001
  • 36_20240816_100720_0002
1

SUARA HATI PUBLICATION

BEKAS ISTERI JUTAWAN - FARA HANA

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

✅ ADA SIGN PENULIS. 


BLURB :


Hidup seorang Tiara Suzanne tidak seindah nama mahupun wajahnya. Dia

dibesarkan di rumah anak yatim tanpa mengetahui asal usulnya. Perkenalan

tanpa sengaja dengan seorang jutawan muda membawa mereka ke jenjang

pelamin, tetapi panas yang diharap sehingga ke petang rupanya tidak

berpanjangan. Satu fitnah telah membuatkan Tiara dibuang suami tanpa diberi

kesempatan untuk membela diri.


“Bagi abang Tiara memang bersalah, kan? Abang tak pernah cuba untuk

cari tahu perkara yang sebenar. Abang terima bulat-bulat apa yang diberi dan

ditunjuk pada abang tanpa abang ketahui benda tu betul ataupun tidak.” – Tiara.


Betapa kejamnya lelaki yang bernama Isaac Noah itu. Langsung tiada belas

kasihan buat wanita yang dicintainya hanya kerana termakan dengan fitnah.

Bagi Isaac, segalanya telah diberi, apa lagi yang kurang sehingga Tiara sanggup

bermain kayu tiga di belakangnya? Apa dia belum cukup kaya dan belum cukup

tampan sehingga isterinya itu mencari yang lain?


“Aku tak nak tengok muka kau dalam rumah ni lagi. Kau boleh

berhambus dari sini tapi jangan harap aku akan lepaskan kau. Aku akan gantung

kau tak bertali! Biar kau terseksa!” Isaac.


Kerana kecewa, Tiara bawa hati tanpa arah tujuan. Kalau sudah orang tak sudi,

untuk apa dia merayu lagi. Dia juga punya maruah walaupun hatinya benar-

benar terluka. Namun aturan Allah itu benar-benar adil, mereka dipertemukan

semula dan saat kebenaran tersingkap, mereka diuji lagi. Satu kemalangan

menyebabkan Isaac hilang ingatan! Padanya Tiara tidak pernah wujud.


“Dasar perempuan pisau cukur. Kau nampak je lelaki pakai kereta mewah

terus mengaku suami? Siap ada anak lagi? Gila!” – Isaac.


Mereka terus diuji tetapi mampukah perkahwinan itu diselamatkan jika

ada hati yang telah kosong, ada jiwa yang telah terluka? Atau masing-masing

akan ketemu bahagia dengan cinta yang baru? Mungkin Suria pengganti Tiara

dan mungkin juga Abang Riz pengubat luka Tiara. Siapa tahu… kerana jodoh

itu rahsia Allah semata-mata.