• JPEG_20240516_152813_6258822914115866335
  • JPEG_20240516_152844_6351460777947827682
  • JPEG_20240516_152844_4437886465243181474
  • JPEG_20240516_152844_6149573070540077282
  • JPEG_20240516_152844_6936034185710457466
  • JPEG_20240516_152844_5594919379608307680
1

RC PUBLICATION

FAKHRUL REZA LELAKI OBSESIF - SASASERA

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :


“Saya tak rela jadi isteri seorang pembunuh dan hidup dengan manusia penipu macam awak, jadi saya mohon tolong lepaskan saya sekarang juga. Saya penat Fakhrul, tolonglah lepaskan saya...” - Era


Semua orang kata Schaera beruntung bersuamikan Fakhrul Reza namun ada rahsia yang terbongkar sebaik sahaja Era menjejakkan kaki ke rumah suaminya. Hati Era dilanda tsunami. Era nekad untuk bercerai.


“Sayang boleh cakap apa sahaja yang sayang nak cakap tentang abang. Tapi melepaskan sayang tak pernah ada dalam kamus hidup abang. Kalau ya pun kita nak berpisah, hanya kematian yang akan memisahkan kita.” - Fakhrul


Fakhrul tak berputus asa memujuk rayu isterinya namun Era tetap enggan terpedaya. Keadaan bertambah rumit apabila Era disahkan mengandung. Era semakin tersepit! “Aku tak nak anak ni sebab dia anak kau, Fakhrul!” - Era


Fakhrul mengalah. Demi sebuah jiwa, dia mengasingkan diri buat seketika. Tetapi perpisahan sementara bertukar menjadi dua tahun lamanya. Fakhrul menghilangkan diri tanpa sebarang berita! Hairul yang mencintai Era selama ini menawarkan diri untuk menjadi pengganti Fakhrul. Era kebingungan. Menerima Hairul bermakna pengakhir untuk ikatan yang kian tetas. Kemunculan Rina menyebabkan hati Era semakin goyah.


“Rina menyesal sebab percaya dengan janji-janji palsu Abang Rul. Semua lelaki sama sahaja, pandai berjanji tapi tak pandai nak tepati. Habis madu sepah dibuang.” - Rina  


Tergamakkah Schaera memutuskan hubungannya dengan Fakhrul sedangkan lelaki itu masih terlalu berharap? Adakah Schaera mampu mempercayai Fakhrul dan membina istana dari luka-luka semalam? Dan pada akhirnya apakah kesudahan kisah mereka berdua?