AHA PUBLICATION
HERO BUKAN HEROIN - WRITER HEART
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
Jeritan itu sentiasa bergema dalam lenanya, sejarah itu takkan terkubur selagi dia masih bernafas. Dalam misinya mengheret manusia durjana itu ke muka pengadilan Asyh terperangkap dalam cinta seorang gadis yang setia bernama Tengku Afiera, namun dia terpaksa menolak cinta itu.
“Jangan meminta untuk dicintai Tengku Afiera, jangan mengharapkan cinta dari orang seperti saya kerana saya tak boleh cintakan awak sebab……” – Asyh
Asyh hilang punca, dia hampir membongkar rahsianya. Rahsia? Apakah rahsia yang disembunyikan oleh lelaki itu? Dan tiba-tiba hadirnya pula Julia Aressya, siapakah gadis itu?
Bertahun berlalu kehadiran Tengku Izz Asyhriqal telah mewarnai hidup Tengku Afiera, namun kehadiran Tengku Ezairy akhirnya memaksa dia mengikat tali pertunangan atas desakan Tan Sri Tengku Syarif Qiefqal dan Puan Sri Tengku Mastura.
“Sebab saya cintakan awak, Afiera. Mungkin Asyh seorang lelaki yang pengecut, takut pada bayang dia sendiri, takut untuk meluah perasaan dia tapi Tengku Izz Asyhriqal seorang lelaki yang rela mati demi Tengku Afiera. Sehabis nafas hanya awak yang saya cinta. Segunung kebencian, selautan kemarahan, seteruk manapun layanan awak pada saya, semua tu takkan pernah memadamkan rasa cinta saya untuk awak, Afiera. Sebab saya ikhlas cintakan awak. Suatu hari awak akan faham segalanya, Afiera.” - Tengku Izz Asyhriqal
Siapakah Asyh yang sebenarnya? Mungkinkah sudah terkubur atau masih hidup? Siapa pula Tengku Izz Asyhriqal yang sanggup rela mati demi Tengku Afiera? HERO BUKAN HEROIN segalanya akan terjawab dalam novel ini.