FH PUBLICATION
MY TROPHY WIFE - FARA HANA
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB:
Meniti usia muda tanpa kasih sayang kedua ibu bapa tidak sukar dengan adanya atuk tempat Orked bersandar tetapi mak ngah pula sering membuat onar. Habis tergadai tanah dan rumah atuk gara-gara mak ngah menjadikan atuk dan Orked persis gelandangan.
Lima tahun sebelumnya seorang lelaki yang hilang identiti diri sering dibantu Orked. Makan dan minum Orked beri selagi terdaya sehinggalah Orked menghilang dan lelaki itu terus menjadi sang pungguk yang rindukan sang rembulan. Menanti Orked yang tak datang-datang.
Masa berlalu, lelaki itu muncul semula sebagai seorang lelaki yang kaya serta berjaya. Tanpa berfikir panjang tangan dihulur mahu membawa Orked keluar dari kesusahan. Dia mahu menjadi pelindung buat si gadis.
“Aku akan jadi manusia paling bertuah sekiranya aku berjaya memiliki hati kau. Marry me,Orked?” – KARL
Orked bahagia, Karl juga tapi sayangnya kebahagian itu diragut. Karl ‘menghilang’ dan muncul pula Tengku Hadeed. Kedua-duanya punya persona tersendiri tetapi malangnya hati Tengku Hadeed bukan milik Orked.
“Tak ada gunanya Orked mempertahankan sebuah rumahtangga yang hanya ada bumbung tetapi hilang tiangnya. Lambat laun akan runtuh juga.” - ORKED
Orked sedia berundur demi orang yang dia cintai. Tepatkah keputusannya? Atau ianya sekadar mengeruhkan lagi keadaan?