AHA PUBLICATION
NASUHA - LEENA SYIHA
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
Bermula dari tersalah nama, persahabatan tanpa sengaja bermula. Fahd yang alergik dengan perempuan tiba-tiba bersahabat dengan Ally yang dianggapnya sebagai 'Ali'.
Terbongkarnya hal sebenar membuatkan kesilapan tersebut berdarah menjadi kesalahan besar yang melukakan.
“Kau fikir kau boleh tipu aku lagi? Apa nama kau? Ally Nasuha? Cantik nama. Sesuai dah tu dengan penipu macam kau.” - Shah Fahd
“Aku dah cuba bagi tahu kau sebelum ni!” - Ally Nasuha
Umairah hadir. Menggerakkan hati Ally untuk berubah, daripada seorang tomboy yang berupa lelaki kepada wanita muslimah.
“Allah akan terima aku ke, Mai?” - Ally Nasuha
“Allah akan sambut awak dengan sebaik-baiknya, Nasuha. Allah sayangkan orang-orang yang ingin berubah ke arah kebaikan.” - Nur Umairah
Hijrahnya diuji pelbagai perkara. Fahd yang tidak memaafkan. Umairah yang memutuskan pertunangan dengan Fahd.
Ally dihantui serba salah kerana kesilapan dan perasaannya. Tanpa sedar dia menyakitkan dirinya sendiri demi sahabatnya.
“Kenapa sakitkan diri sendiri? Ally tak sayang diri Ally?” - Kapten Hardin
“Janji dengan saya untuk maafkan diri awak?” - Nur Umairah