• JPEG_20240516_141415_8528593642770439916
  • Bizny_1689405309109
1

RC PUBLICATION

KOMOREBI : SALJU SEDINGIN KASIHMU - TULIP UNGU

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 30.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products
BLURB : 

Aaliyah merupakan gadis malang apabila dilahirkan dalam fitnah yang mengatakan dia anak luar nikah sehingga menjadi bahan ejekan orang kampung. Lebih malang lagi, bapanya sering mengambil kesempatan dan mempergunakannya semata-mata kerana wang. Bukan itu sahaja, bapanya sanggup bersekongkol dengan Wansor untuk menyerahkan Aaliyah kepada lelaki tua itu hanya kerana hutang berjudi. 

“Kau bapak dia. Kalau kau paksa, dia bukan boleh buat apa. Mula-mula je dia menentang tu. Kalau dah kahwin dengan aku nanti, tahulah dia tunduk pada suami nanti,” - Wansor

Peristiwa pada suatu malam mempertemukan Aaliyah dan Saqeef, lelaki ‘red flag’ yang menjadi ‘ikon jahat’ di kampung mereka. Aaliyah diselamatkan oleh Saqeef daripada menjadi mangsa perbuatan keji orang-orang suruhan Wansor. 

“Siapa nak kena parang, datanglah dekat.” - Saqeef

Pada Aaliyah, Saqeef seperti lelaki gasar yang tak pedulikan perasaan orang. Namun ada sesuatu tentang lelaki itu yang membuatkan Aaliyah rasa damai dan selamat sedangkan semua orang menyimpan seribu satu syak wasangka terhadap Saqeef.

Bagi Saqeef pula, mengenali Aaliyah telah mengubah rutin hidupnya. Dia mula tertarik dengan gadis itu Demi menyelamatkan Aaliyah daripada cengkaman dan fitnah Wansor, dia sanggup memikul tanggungjawab berat.

“Saya akan bertanggungjawab. Saya akan kahwin dengan Aaliyah!” - Saqef

Aaliyah kebingungan! Menolak Saqeef bermakna dia bakal berhadapan dengan kejahatan Wansor yang tidak pernah tamat. Dia juga bakal kehilangan cahaya yang tiba-tiba hadir menyimbah harapan seperti komorebi!

Mampukah mereka menganyam bahagia bersama apabila kedua-duanya ada menyimpan sejarah dan kisah silam tersendiri…

“My Komorebi...” - Aaliyah