• JPEG_20240516_105308_2880944478285637918
  • JPEG_20240504_112812_996278347721162684
1

AHA PUBLICATION

TUANKU HANA - LEENA SYIHA

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :


Semuanya bermula apabila Ameer menyiasat sebuah syarikat terkemuka bernama MIMA pada awal tahun 2011, sehingga akhirnya dia terlibat dalam misi menyelamatkan seseorang dari sindiket haram bernama KING’S. Misi itu mempertemukan dia dengan Hana, gadis 18 tahun yang baru gagal SPM. Gadis yang memanggilnya tuanku tanpa sengaja.


“Lain kali jangan sesuka hati ambil barang orang.” – Ameer Uthman


“Ya, tuanku.” – Hana Solehah


Tujuh tahun berlalu. 2018. Bumi Madinah menjadi saksi pertemuan mereka buat kali kedua. Pertemuan yang membuahkan luka demi luka. Pertemuan yang meranapkan harapan seorang Hana.


“Aku cuma minta kau berlagak lupakan sahaja. Bukan betul-betul lupakan.” – Ameer Uthman


“Dan itu tak mudah!” – Hana Solehah


“Abang saya takkan pandang perempuan... Macam awak.” – Saadah


2019. Segalanya bermula. Perkara yang ditakutkan Ameer berlaku. 

Kemunculan Hariz menjadi permulaan rentetan peristiwa menakutkan yang berlaku. 


Rentetan kehancuran seorang Ameer Uthman.


“Ameer, kita ada Allah. Segala perkara yang berlaku semua disusun oleh-Nya.” – Luqman Annasaie


“Kau punca semua ini, Ameer.” – Hariz


“Sudah berapa lama kamu tidak mendalami jiwa kamu sendiri, Uthman?” – Maulana Ishaq