MANÉS WORDWORKS
VIGNETTE - SYUD
- Regular price
- RM 32.40
- Sale price
- RM 32.40
- Regular price
-
RM 36.00
Share
BLURB :
Dia tu macam... vignette.
Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tiada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi.
[i]
Kata Najiha:
“Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira.
“Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok.”
Dia berhijrah untuk memulihkan hatinya yang sedikit calar. Calar yang tak ada kesan pun… kan?
“Najiha.” Dia memperkenalkan diri.
“Nice meeting you, Najiha.”
Tapi dia rasa dia tak pernah jumpa lagi orang yang malas nak bercakap macam Si Dahi Kerut ni.
Atau mungkin... dia pernah jumpa... kut?
[ii]
Pada Firdaus:
Matahari tu, orang kata, sifatnya terang, panas – dan hidupan atas muka bumi ini tak boleh hidup
tanpa matahari. Najiha itu... matahari. Terang – dan buat dia sentiasa tercari-cari.
“Awak memang suka cakap sepatah-sepatah, kan?”
“Ha! Saya memang suka cakap sepatah-sepatah.”
Dan kalaulah matahari itu hilang, tak mungkin dia tidak terkesan, kan?
***
Kemahiran membuat pembaca jatuh hati pada watak-watak ialah kepandaian Syud. Vignette ini buktinya, kan? – Noor Suraya, Editor