• 52_20241201_144042_0001
1

LOVE NOVEL PUBLISHING

YANG SELALU KUNANTI - AEIN DHIYAUDDIN

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB:

 

“Lebih 20 tahun saya menanti… tapi akhirnya, kenyataan sangat memedihkan. Saya mungkin mampu memaafkan, tapi tak akan pernah mampu melupakan.” – Nazreen


WAIZ AIMAN... seumur hidupnya dia tidak pernah menyangka akan tertarik dengan adik ipar sahabat baiknya sendiri. Jatuh cinta pandang pertama, itu yang dia alami selepas bertentang mata dengan Nazreen Izara.


Dia sangka jalannya untuk memikat sang gadis amat mudah dengan berbekalkan rupa yang kacak dan juga reputasi yang baik. Namun, hati Nazreen amat sukar ditakluki. Pertemuan demi pertemuan sengaja dicipta untuk memikat sang gadis, malangnya dia tetap gagal.


NAZREEN IZARA... impian hidupnya hanya satu. Mahu membahagiakan dan membalas jasa ibu yang telah membesarkannya bersama empat orang kakaknya. Berkahwin hanya akan menghalang impiannya jika bertemu dengan lelaki yang salah. Jadi sengaja dia butakan matanya dengan kemunculan Waiz Aiman.


Kegigihan Waiz telah menambat hati Nazreen. Dengan dorongan dan restu daripada ibunya, Puan Habsah, Nazreen menerima cinta lelaki itu. Namun pertemuan Nazreen dengan Datin Husna, ibu angkat Waiz menimbulkan konflik dalam hubungannya dengan Waiz.


Apakah sebenarnya konflik antara Datin Husna dengan Nazreen?


Adakah perhubungan Waiz dan Nazreen akan berakhir ke jenjang pelamin?


Siapakah sebenarnya Datin Husna dalam hidup Nazreen?


“Saya akan menanti awak. Sampai akhirnya saya penat untuk menanti.” – Waiz