EISHA MALIK
ZAHD HAFREEZ - EISHA MALIK
- Regular price
- RM 44.00
- Sale price
- RM 44.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
“Aku doakan crush kau reject kau!”
Tahun pertama setelah Janna Zaira tamat pengajian STPM, dia memohon untuk masuk ke UTM, Pagoh. Dan...disitulah, ada seorang lelaki yang seumur, sesama kursus dengan dia dan mungkin, juga akan menjadi seorang guru seperti dia juga!
“Nama kau apa?” - Zahd Hafreez
Bergaduh sepanjang hari, itu perkara biasa buat mereka bahkan rakan-rakan dan pensyarah mereka juga sudah faham dengan sikap mereka berdua. Serupa Tom & Jerry tapi ini versi Malaysia dan manusia!
Namun, ketika mereka menjadi Tom & Jerry' Malaysia, tak disangka Zahd mengambil keputusan untuk melamar Janna untuk menjadi isteri dia. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan itu telah menyebabkan timbulnya seribu satu persoalan pada Janna.
Dan peliknya, mengapa ahli keluarga Janna setuju dan menerima lamaran itu? Dan mengapa Janna pun ikut setuju juga?
“Kau ada baca-baca dekat aku ke Zahd sampai mudah sangat aku nak terima kau jadi suami aku?” - Janna Zaira
“Entahlah Janna. Apa-apa pun, kita dah kahwin.” - Zahd Hafreez
Malam selepas mereka berkahwin, sesuatu berlaku pada Janna Disebabkan perkara itu berlaku, keluarlah satu sikap Zahd yang Janna sendiri tidak boleh jangka kenapa Zahd jadi sebegitu.
“Aku janji, aku akan teman kau ke mana sahaja kau pergi.” - Zahd Hafreez
“Apa lagi kau tak jujur dengan aku, Zahd?” - Janna Zaira
Satu persatu rahsia dan kebenaran mula terbongkar namun, cukupkah ia untuk Janna faham dengan keadaan dan situasi yang dihadapi oleh Zahd?