BLOGIJAU ENTERPRISE
BAHASA HATI KITA - REHAN MAKHTAR
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
PERTAMA kali memandang wanita dengan mata bercelak hitam tebal itu, Que sungguh berasa tidak selesa. Silapnya juga kerana berani menegur hingga hampir terjadi pertumpahan darah. Dan, dia berdoa agar mereka tidak lagi bersua sampai bila-bila.
“Kau jaga diri kau, aku jaga diri aku. Jangan nak sibuk hal orang. Kubur masing-masing!” - Jed
“Memanglah kubur masing-masing tapi kau tak bergolek sendiri masuk kubur…” – Que
Namun, hidupnya berbumbungkan langit Tuhan, beralaskan bumi Tuhan; siapalah dia untuk menafi bila berkali-kali takdir bawa wanita itu di depan mata. Jed yang tersasar. Jed yang memberontak atas apa yang telah takdir timpakan padanya. Hadir seorang Que dalam dunia kelamnya, membuka mata hati, menampakkan sinar cahaya. Dia harus berubah menjadi seorang bidadari besi bukan untuk orang lain tapi diri sendiri. Cumanya, dia tak dapat nafi, Que adalah salah satu penyebabnya. Sedihnya, semakin dia cuba mendekati lelaki itu, semakin culas pula Que mengelak.
“Kadang-kadang aku boleh rasa kau tak selesa bila ada aku...” - Jed
“Tak selesa tu, betul. Tapi, aku ada sebab sendiri yang aku tak boleh beritahu sesiapa. Biarlah Tuhan aje tahu...” – Que
Hingga Que sedar, dia tidak dapat lagi menafi apa yang takdir berikan. Hati mereka mula berbicara. Bahasa sunyi itu hanya mereka sahaja yang mengerti. Bagi Que, tugasnya mendidik Jed menjadi seorang Muslimah sejati akan berakhir bila wanita itu menjadi isteri. Tidak kisahlah jika dia sekadar menjaga jodoh orang.
“Jauh lagi perjuangan aku. Aku takut…” - Jed
“Kenapa nak takut bila kita ada Tuhan dan Dia hantarkan aku untuk temankan perjuangan kau…” - Que
Qalam Azad akan terus asa untuk membentuk Dian Jehanna Puteri menjadi sri kandi besi yang sentiasa teguh berdiri bersama agama biarpun diacu belati.
Jodoh?
Dia akan biarkan bahasa hati mereka sahaja yang terus berbicara.