• JPEG_20240516_104115_5380082127882850332
  • JPEG_20240516_104116_2914503371800425055
  • JPEG_20240516_104116_8665880994926754685
1

DREAM ROMANCE

SEMPURNA - BELLA ASHIRA

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

✅ FREE POSKAD BERTANDA TANGAN PENULIS. 


SEMPURNA - BELLA ASHIRA


BLURB :


Bagi Nura Aulia, dia tak sempurna. Disebabkan satu tragedi, dia disahkan lumpuh. Dia tetap teruskan hidup demi keluarganya. Kisah silam membuat kan Nura tekad tidak mahu mendirikan rumah tangga. 


Kehadiran kawan baik abangnya, Nuhail membuatkan Nura pelik dengan tingkah laku lelaki itu. Dingin. Beku. Nura gelarkan dia peti sejuk. Tapi bila Nura dalam kesusahan, Nuhail selalu membantunya. Namun hal itu tidak membuatkan Nura melanggar prinsipnya.


 “Saya tak selesa dengan awak.” - Nura


 “Kenapa? Sebab kita tak kenal?” - Nuhail


 “Sebab awak lelaki dan tak ada kepentingan pun kita kenal dan saling rapat.” - Nura


Nura yakin dia tak akan jatuh cinta. Namun lama kelamaan, hubungan mereka semakin rapat. 


 “Awak sakit, saya datang. Awak tak tahu ke saya penawarnya?” - Nuhail


Bagi Nura, Nuhail itu sempurna. Sikapnya yang prihatin, mulutnya yang manis. Dalam diam dia mahu Nuhail menjadi untuknya. Dan doanya termakbul saat Nuhail luahkan perasaan dan melamarnya. Hati wanita mana tidak berbunga saat lelaki sempurna seperti Nuhail mahu jadikan dia sebagai isteri. 


Ujian demi ujian Nura lalui sehinggalah dia sah menjadi isteri Nuhail. Dia bahagia sehingga dia terlupa ujian itu masih ada untuknya. Kemunculan Irina membongkar rahsia yang besar. Nura tak mampu terima lalu dia nekad meninggalkan Nuhail.


Sempurnakah kisah mereka jika hubungan mereka terlerai? Berjayakah Nuhail meyakinkan Nura yang dia ingin hidup di sisi wanita itu walaupun tak sempurna?