• image_B6B0071E-48BA-4077-9E06-AFAF729B82AB_1746671846
  • image_51D83A10-83A5-4EEC-8692-235A311B1692_1746581892
  • image_30D10142-7168-46DA-8681-3AB0CC912535_1746581892
1

AA IDEA PUBLICATION

[PRE-ORDER] NUH & IRIS, WHAT LIES BENEATH? - AMEERA AMEER

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BERKENAAN NOVEL NUH & IRIS, WHAT LIES BENEATH? :


1) Buku Nuh & Iris - When Lies Beneath adalah kompilasi dari ebook Vol 1- Iris Nafeesa : His Secret Wife & Vol 2 - Nuh Zulkarnain : Her Secret Husband. (Untuk buku ada tambahan 3 bab baharu) Yg dah beli ebook Vol 1, jangan risau tambahan tu tak mencacatkan cerita asal Vol 1. (Korang fahamkan apa akak tulis ni? Maklum beberapa minggu ni memori akak dah terlebih guna jadi penulisan pun jadi kelam kabut sikit). Kah! 


2) Ebook Vol 1 & Vol 2 akan dijual semula pada 28/5/2025 secara berasingan. Siapa dah beli Vol 1, boleh terus beli Vol 2 pula. 


3) Edisi Buku adalah TERHAD. Dicetak secara 'PRINT ON DEMAND' (Akan lebih sikit untuk PBAKL tapi limited) Jadi yang nak novel sila buat pesanan ketika pre-order ya. 


4) Edisi buku akan ada artwork di dalamnya + photocard Iris & Nuh. Diberi percuma kepada semua pembeli buku Nuh & Iris.



BLURB :


Nuh Zulkarnain, HER SECRET HUSBAND 


NUH DAN IRIS, walau hampir lapan tahun terpisah ikatan mereka tetap utuh. Nuh masih suami dan Iris masih isteri. Masing-masing tahu dan masing-masing sedar akan kenyataan itu. 


“Selesaikan urusan Iris dengan dia kalau Iris betul-betul nak mulakan hidup baru.” – PUAN ARIANA 


KERANA desakan mama dan demi bahagia sendiri, Iris akur. Akhirnya setelah hampir lapan tahun lari dari kenyataan, dia kembali. Tetapi kembalinya selain atas tuntutan kerja, dia juga ingin menyelesaikan apa yang masih tergantung. Ikatan dia dan Nuh perlu dileraikan. Fullstop!


“Aku ingat aku tak akan jumpa kau lagi. Aku ingat kau akan terus lari dan tak akan kembali.”  – NUH 


ARGHHH! Secepat itu Allah pertemukan dia dengan Nuh? Sangkanya dia akan lelah mencari tetapi tidak, Nuh sendiri yang muncul di hadapan pintu bilik hotelnya secara tiba-tiba. Dari mana Nuh tahu dia berada di Bumi Malaysia ketika ini? 


“It’s great to see you again Encik Nuh. But I don’t have time for unimportant things.” – IRIS 


“Oh! Jadi apa yang pentingnya bagi kau?” – NUH 


NUH, sejak Iris pergi puas dia mencari. Semua yang mengenali Iris, pasti akan menjadi sasaran serangan soalan demi soalannya termasuklah Raeez. Tetapi gadis seperti Iris, kenalannya boleh dikira dengan jari dan hal peribadi tetap dikunci rapi. Tiada satu maklumat pun tentang ke mana dan di mana dia berada sepanjang pelarian itu diperolehi. Nekadnya, jika dia bertemu Iris semula, hanya satu yang ingin dia tahu… 


“Iris… do you still love me?” – NUH

“No… Let bygones be bygones. I want to start a new life with someone who truly loves me.” – IRIS 

“Sebagai seorang suami, aku rasa aku ada hak untuk menuntut supaya isteri aku kembali taat kepada aku. Bukan begitu Encik Raeez?” – NUH

“Aku tetap nak bercerai!” – IRIS

 

TEGARKAH Nuh melepaskan? Atau dengan rela melafazkan demi meringankan beban yang digalasnya bertahun lamanya itu? 


“I know one day your heart will bloom once again, Iris! – NUH”