• IMG_0319-1739851502345
  • IMG_0320-1739851502347
1

BOOKU HATI PUBLICATION

KEMELUT JIWA - LAILA MALAIQA

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :


Nurin bertemu dengan Gibran seawal usia 12 tahun, pertemuan pertama membuatkan Gibran tidak pernah lupakan Nurin. Lelaki itu berusaha untuk menarik perhatian Nurin, namun apalah yang hendak difikirkan oleh seorang budak perempuan yang terlalu mentah untuk memahami perasaan antara lelaki dan perempuan. 


Gibran rasa tercabar kerana Nurin sukar dijinakkan, apa yang dia lakukan membuatkan Nurin ingin menjauhkan diri. Sembilan tahun tidak bertemu, Nurin fikir dirinya telah lenyap dari ingatan Gibran. Tersalah, lelaki itu semakin obses dengan dirinya. 


“You are mine, Nurin.”


Gibran berjaya menjerat, Nurin terikat. Namun dalam hubungan mereka tidak wujud erti bahagia. Malah ianya adalah permulaan kepada derita seorang Nurin, berusaha untuk membuatkan rumah tangga mereka bahagia tetapi semakin pula si suami membuatkan dia terluka.


Dalam mengharungi arus kekecewaan, dunia Nurin diwarnai dengan kehadiran Fikri. Lelaki yang selalu menemani ketika dia berada di titik paling bawah. Memberi semangat agar dia terus melangkah walau payah. 


“Saya tak boleh nak temankan puan lagi.” - FIKRI


Sampai satu saat, Nurin sudah tidak mampu bertahan. Mengutip sisa hati yang remuk, Nurin berlalu pergi. Gibran merasa kehilangan.


“I only realised when I lose you.” - GIBRAN


Dihadapannya kini ada Gibran dan Fikri, menghulur tangan untuk dia gapai. Tangan manakah yang akan Nurin genggam selamanya?