BOOKU HATI PUBLICATION
NADA AL HAMRA, WANITA TERLUKA - NUR MAYANI
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
Nada Al Hamra, wanita bekerjaya yang memiliki segala-galanya. Dia hartawan, dermawan, jelitawan yang menjadi tumpuan dunia. Tetapi, kurangnya cuma satu; dia tidak punya suami yang setia.
Kerana tidak mengandung setelah 10 tahun bernikah, dia merupakan seorang isteri yang sangat kerdil di mata seorang suami.
“Tidur dengan kau pun, bukan boleh dapat apa. Buang masa je.” - ABDUL
Mempunyai alasan kukuh kerana mahukan zuriat, Abdul, lelaki miskin yang pernah 'dikutip dan ditatang' oleh Nada, memadukannnya. Abdul bukan hanya bernikah dua, tetapi tiga! Sedang mencari calon isteri ke empat.
Tetapi, bagi Nada dia tetap bersyukur dengan jalan hidupnya. Tidak ada apa-apa lagi yang perlu dirungutkan tentang ujian atau dugaan. Dia hanya mahu menjadi perempuan kesayangan Tuhan.
“Kamu kena banyak-banyak bersabar, Nada. Jadi isteri ni, macam tulah. Ujian kita selalu datang melalui suami. Kamu pejam mata jelah dengan perangai Abdul tu. Mama bukan nak sebelahkan anak lelaki mama, mama cuma nak tenangkan kamu. Mama tak nak kamu jadi isteri derhaka. Abdul tu kahwin tiga, sebab dia mampu. Lagipun kamu kan tak boleh mengandung. Mama teringin jugak nak cucu. Jadi, mama harap kamu redha jelah. Jangan banyak berungut. Tak baik. Isteri-isteri yang suka berungut ni, tempatnya neraka. Kamu tau kan? Mama sayang menantu mama. Mama nak kita semua hidup aman damai. Kamu jangan marah-marah anak mama ye? Nanti kecik hati suami kamu tu. Kesian dia.” - PUAN SARIMA.
“Jangan bercerai! Jaga air muka mommy. Mommy tak nak anak perempuan mami jadi janda. Husband you curang, kahwin ramai, sebab salah you. Your own damn fault. Bukan salah orang lain. But atleast, you ada semua Nada. It would'nt matter, won't it? You just.. go on with your life. You tak heran pun kan kalau husband muka tak siap macam Abdul tu tak balik rumah? You can do whatever you want. Cuma, satu mommy mintak. Jangan bercerai! Jaga reputasi mommy.” - PUAN SRI DARINA.
Mentua dan ibu kandung, kedua-duanya tidak pernah menjadi pendukung yang baik. Sikap toksik mereka, menjadikan Nada sering menelan kesedihan dan kelukaannya sendiri-sendiri.
Namun, kisah hidup seorang Nada Al Hamra, benar-benar berubah setelah kedatangan seorang pemandu baru yang merupakan bekas seorang gangster.
“Nama saya Muhamad Qaeddar, puan. Umur 25 tahun. Sebelum jadi driver puan, saya kerja dekat Filipina. Saya...saya kerja sebagai mambubutang(gangster).” - MUHAMAD QAEDDAR
“Mambubutang tu apa?” - NADA AL HAMRA
“Erm...tukang kebun, puan. Lebih kurang la.” - MUHAMAD QAEDDAR.
Kewujudan Qaeddar seolah menjadi payung yang teguh yang mempertahankan Nada dari dibasahi hujan-hujan derita.
Dia lelaki yang kasar, yang baran, yang suka bercakap lepas, yang akan melakukan apa-apa sahaja mengikut kehendak hatinya tetapi, Qaeddar merupakan seorang lelaki yang matang melebihi usianya. Sejak digaji untuk menjadi seorang pemandu, dia memegang tanggungjawab besar dengan menjaga Nada sepenuh jiwanya.
“Si samdul tu, kalau saya jumpa dia berkepit dengan pempuan lain. Saya pukul dia, puan.” - MUHAMAD QAEDDAR
Hidup Nada berubah. Segala deritanya seolah-olah sedang terbela. Tetapi...
“Dosa yang paling besar aku pernah buat...cintakan isteri orang. Tapi, aku sedar diri aku. Aku takkan mintak apa-apa. Aku cuma akan jaga Nada macam aku jaga nyawa aku sendiri.” - MUHAMAD QAEDDAR
Selama mana Muhamad Qaeddar hanya selayaknya menjadi seorang pemandu?
Nada sendiri, adakah dia hanya ingin meneruskan hidupnya bersama orang-orang yang memberikannya luka?