ATAP PUBLICATION
BELLA - NURIFFA
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
Isabella Tan Sri Iskandar atau lebih mesra dipanggil Bella. Seorang gadis berusia pertengahan 20 an yang lahir dalam keluarga kaya. Bagi Bella kecantikan dan kemewahan adalah segala-galanya sehingga dia menjadi seorang gadis yang bongkak dan sombong. Bella mempunyai seorang teman lelaki bernama Danish.
Satu hari, Bella bertemu dengan rakan-rakan Danish. Seorang bernama Raf dan seorang lagi bernama Khalil. Dan buat pertama kalinya Bella merasakan harga dirinya seperti dipijak-pijak apabila Khalil tidak langsung memandang dia. Bagi Bella, dia mahu semua lelaki terpegun dan memuji kecantikan dirinya. Namun, berbeza dengan Khalil. Lelaki itu menjaga pandangan serta batas di antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
“Kawan you memang kurang ajarkan? Dia tak pandang I langsung.” - Bella
“Kan I dah cakap yang Khalil tu lain. Dia jaga pandanganlah tu.” - Danish
Kerana sakit hati Bella mula memasang rancangan untuk mengenakan Khalil. Namun, tidak disangka perbuatan itu membawa kepada sebuah tragedi hitam dalam hidupnya. Khalil meninggal dunia.
“Kau tunggu aku along. Aku akan balik dan tuntut keadilan atas kematian kau.” - Khareef
Satu-satunya adik lelaki Khalil pulang ke Malaysia dan ingin membalas dendam di atas kematian abangnya. Khareef mendekati Bella untuk membuat gadis itu jatuh cinta kepadanya dan seterusnya menghancurkan gadis itu.
“Tahniah Khareef. Awak dah menang. Awak dah berjaya sakitkan hati saya sangat-sangat. Terima kasih.” - Bella
Di antara dendam dan rasa cinta, Khareef mula terperangkap di dalam permainannya sendiri. Masihkah ada kesempatan dan ruang untuk mereka bahagia? Dan teguhkah mereka bila dugaan demi dugaan melanda?