• image_1DC11E14-7C06-46D9-B2D6-B49DF79DE9DE_1764303640
  • image_8921303F-93CD-4295-A5FA-F7EB65025F35_1764303640
  • image_EEE0405F-4A9C-48AD-8420-E1062356A721_1764303640
  • image_0143C0C1-63A8-47FD-982B-05837E0DA32B_1764303640
  • image_E8300E08-95A5-4191-98D4-F8962EE4EDF6_1764303640
  • image_3C2E2AC8-8916-4DA9-ABE3-0D4C7EE97B25_1764303640
  • image_01B19285-CF3D-4AF4-BACE-DF44DCB2E4F9_1764303640
  • image_0D036BCE-4AE3-437E-9A59-F4E3DC4EF283_1764303640
1

MA PUBLICATION

PEMILIK HATI RANIA - MIA AZWARI

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :


Rania Daneen kehidupannya tidak seperti kanak-kanak yang lain. Disebabkan kekurangan dirinya, dia turut menjadi mangsa kebencian ayah kandung sendiri. Dunianya hanya ada ibu yang sanggup berkorban demi Rania.


Namun saat Puan Junaidah tak mampu untuk menyempurnakan kehidupan mereka, Rania dan ibunya terpaksa bergelar gelandangan. Selama bertahun

tinggal di bawah jambatan, tiba-tiba ada insan yang sanggup membawa mereka tinggal di rumah mereka.


Siapa sangka kehadiran Rania di rumah itu telah menarik perhatian anak sulung Datin Arissa. Buat pertama kalinya Haizal tertarik untuk mengenali seorang gadis.


"Siapa nama awak?" - Haizal


"Err... Rania Daneen. Panggil Kak Nia." - Rania


"Haizal Naim. Jangan lupa nama saya." - Haizal


Cinta tak mengenal usia. Dalam diam, Haizal jatuh cinta terhadap gadis itu.

Namun Rania sedar diri di mana tempat asalnya. Puas dia mengelak namun hatinya tetap dimiliki oleh Haizal.


"Abang nak yang terbaik untuk Zal." - Dato' Haris


"Abang jangan lupa, antara Rissa dan Nia, kami sama. Bezanya Nia masih beruntung ada ibu tapi Rissa...hanya sebatang kara di dunia ini." - Datin Arissa


Mana mungkin Rania mahu teruskan hubungan mereka saat dihalang oleh syurga Haizal. Malah dia tidak mahu menyakiti insan yang telah berbudi kepadanya.


"Maafkan Nia, Dato. Nia janji akan pastikan Zal lupakan Nia. Nia sedar diri. Selama ni Dato' dan Datin sudi kutip kami, kami dah cukup bersyukur." - Rania


Apakah yang dilakukan oleh Rania agar hubungan mereka tamat?

Dan benarkah bukan Haizal pemilik hati Rania?