• image_4669FA2F-9C4E-4ECA-90CE-DEFC8F15FEDE_1744733990
  • image_9093708D-7DFD-486A-BB74-2B09A0CD719F_1744733990
  • image_67C66EAA-DB29-4DB0-8940-8DA247D2D9F6_1744733990
  • image_253A91CF-1CE2-4B56-BA46-509DF2C3D61F_1744733990
  • image_E9DC51BA-FB16-4F94-9530-7E55AFF9B5A3_1744733990
  • image_7C1FA34C-1785-4210-9453-01C1C0ECF7B1_1744733990
  • image_FD25F888-EE9D-4FD1-BD0E-407667279A9C_1744733990
  • image_0EA8B2AD-91F5-4932-80AC-F41F55BFCC67_1744733990
  • image_F925FB13-0F6D-4CDC-BB6D-CE1C61DD4468_1744733990
  • image_3BB34638-4C56-4A45-894E-4E5B8E0C7D7D_1744733990
1

ATAP PUBLICATION

RINDU MASIH BERTALU - SASASERA

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :


Mereka pernah terpisah kerana ingin menjaga maruah Farah Ilyani tapi akhirnya jodoh tetap milik Ezzatul Syazleen dan Khairil Bazli.  


Ezzatul tidak pernah terbayang, mahligai perkahwinannya bersama Bazli yang sangat bahagia dan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka Iman Adli mula dilanda badai bila musibah melanda Farah, bekas isteri suaminya. Simpatinya yang menggunung bertukar menjadi cemburu yang menggigit seluruh sanubari.  


“Sampai hati abang buat Sya macam ni. Abang dah sia-siakan peluang kedua yang Sya beri. Abang khianati cinta kita. Ini bukti cinta yang abang agung-agungkan sangat selama ni?” - Ezzatul


Bagi Bazli pula cinta matinya hanya buat isterinya, cuma dia dihimpit rasa kasihan kepada Farah dan taatnya dia kepada syurganya, Puan Sri Lin.  


Dan bila kebenaran terbentang di depan mata. Ezzatul rasa dikhianati lagi oleh Bazli, seolah-olah peluang kedua yang diberikan langsung tidak bernilai bila ibu mentuanya ingin dia bermadu dengan Farah. 


“Sayang jangan buat abang macam ni. Abang tak mampu nak pilih sayang. Abang betul-betul tak mampu. Mama syurga abang dan sayang cinta hati abang.” - Bazli


Satu tragedi hitam telah mengubah segala-galanya. Ezzatul Syazleen hilang warasnya.  


“Hari ni saya kelar tangan, esok saya tak tahu saya akan buat apa lagi.” – Ezzatul


“Sayang hukumlah abang dengan hukuman apa pun tapi abang mohon sayang jangan minta abang berpisah dengan sayang. Sayang cakap dengan abang apa yang perlu abang buat untuk sayang maafkan abang.” - Bazli


“Farah rela bermadu dengan Ezza.” - Farah


Mampukah mereka kembali bahagia bila Ezzatul depresi dan berkali-kali cuba bunuh diri? Akan dapat bertahankah rumah tangga mereka bila Ezzatul bencikan suaminya, Bazli?