MA PUBLICATION
LET IT RAIN - MAISARAH
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
✅ FREE PHOTOCARD.
BLURB :
Lily Khaleeda, cinta di hatinya buat seorang lelaki bernama Khalid Zulkarnain tidak pernah difikirnya akan terbalas.
Kerana Allah perancang takdir yang terbaik, tiada siapa menduga jalan cerita. Niat Khalid yang ketika itu ingin membantu Lily disangka perbuatan maksiat oleh orang kampung.
"Lily memang cintakan dia, tetapi Lily tak pernah bayangkan untuk memiliki dia, apatah lagi dengan cara terkutuk sebegini." - Lily Khaleeda
"Keputusan yang saya dah buat, saya dah fikir sedalamnya malam tadi. Saya ikhlas, saya tak dipaksa." - Khalid Zulkarnain
Demi maruah serta tanggungjawab, Khalid jadikan Lily sebagai negara pertama yang perlu dia jaga, lebih daripada nyawa sendiri. Seperti Lily yang jatuh cinta kepadanya, Khalid fikir cinta juga akan hadir kemudian nanti.
"Lily takkan lupa cara abang pandang Lily." - Lily Khaleeda
"Tengok betul-betul, kalau abang pakai topeng pun, sayang boleh kenal abang." - Khalid Zulkarnain
Apa maknanya cinta serta bahagia tanpa air mata. Mereka berpisah jua. Setelah beberapa tahun berlalu, negara Lubnan menjadi tempat pertemuan kali kedua.
"Mata tuan seperti mata seseorang yang saya kenal. Masih ingat saya?" - Lily Khaleeda
"Kau pernah cakap yang pantai tempat terindah untuk kau. Aku sanggup jadi penjaga setiap inci laut seumur hidup." - Khalid Zulkarnain
Buat Lily pula, selepas beberapa episod derita telah dilalui, kuatkah hati untuk membina bahagia?
Adakah ada jodoh untuknya bergelar isteri buat kali kedua?