• image_793855DE-CB0D-40D7-ACFF-A360F223EB50_1750835595
  • image_120381F2-CE85-4ABE-A5A1-E7D7D8851EE6_1750835616
  • image_7C44925D-6B0C-419C-92B1-938D2E42E1EC_1750835595
1

BLOGIJAU ENTERPRISE

[PRE-ORDER] CINTA TAK BERSYARAT - MSROSES

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 38.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

✅ BUKU INI BERSTATUS PRA-TEMPAH. KESABARAN ANDA AMAT DIHARGAI.

✅ PRA-TEMPAH SEHINGGA 25 JULAI 2025.


BLURB :


Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya.



Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan “perkahwinan” tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing.


Namun… akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya.


"Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya macam ni? Apa?! Jawab Dr. Firash!" – Maira Sofea


"Aku akan bertanggungjawab pada kau." – Ahmad Firash


"Lima bulan je. Cukup lima bulan… kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" – Maira Sofea


Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang lain. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar.


"Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau ni?" – Syakira Farhana


Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan?

Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.