FARAH ALEESA PUBLICATION
D.I.L.A (DANIEL ISKANDAR LEE ABDULLAH) - FARAH ALEESA
- Regular price
- RM 47.00
- Sale price
- RM 47.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
Pertemuan Cheo dengan seorang Senior Architect, Aisya Natrah telah membawa pertukaran namanya kepada Daniel Iskandar Lee Abdullah. Situasinya tidak indah apabila mereka sering bertelagah antara satu sama lain sehinggalah Natrah dihantar oleh majikan tempatnya bekerja, Dato Nazeli untuk mewakili syarikat mereka dalam menguruskan pelan projek kondominium milik Lee Crest Properties. Natrah tidak mengetahui syarikat tersebut milik lelaki yang kerap bertelagah dengannya.
Cheo pula dalam diam-diam berminat untuk mengenali Natrah dengan lebih dekat kerana baginya wanita itu unik, bijak dan berani. Satu-satunya arkitek yang berani berdebat dengannya secara jujur adalah Aisya Natrah Abdul Majid.
"Hmmm, muda sangat pegang position as senior architect. Dia masuk guna cable ke apa?" - Cheo
"Dengar cerita dia anak emas Dato Nazeli." - Kevin
***
"Excuse me, I got it first."
"No, it's mine. Kalau awak nak, awak boleh ambil perisa lain. Banyak lagi dekat rak tu.”
LEE ZHEN YU @ Cheo, siapa sangka pertemuannya dengan Aisya Natrah telah membawa pertukaran namanya kepada Daniel Iskandar Lee Abdullah. Akad dilafaz biarpun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya. Cheo berjanji akan melindungi isterinya biarpun nyawanya terpaksa menjadi galang ganti.
"I’ll protect you no matter what."