• image_EB98F6AD-4E72-4E40-B41F-04EE8B004CE0_1784233300
  • image_EF9610F6-E2E4-46D0-AE40-2D27C78C2941_1784233300
  • image_994287A5-7AC1-4488-B8A6-6CEBFE2A4377_1784233300
  • image_BF8E8AB7-DC08-4A6D-BC17-4CF44D937E21_1784233300
  • image_8C93A571-E00B-4C5E-8072-46BB2A98690B_1784233300
  • image_CB0D94A8-4D33-4075-8A2B-BB5ADE27F852_1784233300
  • image_29D1DBF4-D73E-4671-908A-80289DB62809_1784233300
  • image_CE7B4338-638F-4226-9BB6-C05B2331D9F2_1784233300
  • image_56111B4E-2EFE-43CE-BC04-5703F4F93D44_1784233300
1

AA IDEA PUBLICATION

DINA & AID: WHEN FATE FINDS US - AMEERA AMEER

Regular price
RM 42.00
Sale price
RM 42.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :


PERKENALAN di Universiti tidak terhenti hanya di situ. Naim dan Medina akhirnya bersatu atas nama cinta. Sepanjang sepuluh tahun perkahwinan mereka sangat bahagia. Kurangnya dalam ikatan itu hanyalah zuriat tanda cinta mereka. Dan kekurangan itulah yang menjadi punca hubungan yang digelar pasangan sejoli itu berantakan.


DALAM diam rupanya Naim sudah bernikah dua. Lima tahun perkahwinan itu dirahsiakan dari pengetahuan Medina. Tetapi Naim lupa, sesuatu yang dilakukan dengan pengkhianatan tidak akan selamanya dapat disembunyikan hinggalah busuk yang disimpan diketahui oleh Doktor Nazimah, kakak sulungnya.


“Kalau pun angah nak anak, kenapa tak usahakan dengan Dina? Kenapa perlu kahwin lain? Senyap-senyap pulak tu!” – DOKTOR NAZIMAH


“Sebab Dina tak boleh mengandung! Kak long ingat angah tak cuba? Kak long tahu tak berapa banyak duit angah dah laburkan untuk rawatan supaya kami dapat anak?” - NAIM


“So, you nak cakap I mandul?” – MEDINA


“Ya, Dina mandul!” – NAIM


BAGAI retak menanti belah, hubungan Naim dan Medina semakin dingin. Syasya, isteri kedua Naim pula cuba mencari jalan untuk memecah belahkan lagi hubungan yang hampir berkecai itu. Bermacam helah yang Syasya dan ibunya lakukan semata-mata ingin melihat Naim dan Medina berpisah termasuklah menghantar mesej yang memalukan. Dan benarlah seeprti kata pepatah, sabarnya perempuan ada batasnya. Medina dan Naim akhirnya bercerai.


PERPISAHAN itu merapatkan lagi hubungan Medina dan Haidar. Lebih mengejutkan apabila mereka sebenarnya berjiran!


“Don’t tell me you live here too?” - HAIDAR


 “Unfortunately… Yes!” - MEDINA


HAIDAR DAN MEDINA, mereka berkenalan secara tidak sengaja 13 tahun dahulu. Dari perkenalan biasa hubungan itu menjadi mesra. Tetapi disebabkan Naim mempunyai perasaan terhadap Medina, Haidar mengalah dan mula menjauhkan diri. Sejak itu dia sibuk membina kerjaya sehinggalah pada saat Naim dan Medina disahkan berpisah.


‘Where to?’ - MEDINA 

‘Aussie.’ – HAIDAR 

‘Hmmm…It’s been a long time since my last visit there.’ - MEDINA 

 ‘Lupakan cerita lama. Nanti kita bina kenangan baru.’ – HAIDAR


BAGI MEDINA, kata-kata itu hanya untuk menyedapkan hatinya yang terluka tetapi bagi Haidar ayat itu sebagai jalan untuk membuka kembali cerita lama. Dan membina kisah baru yang lebih bermakna.


 ‘Let's create a beautiful life together.’ – HAIDAR 

 ‘You deserve someone better.’ – MEDINA 

 ‘But you’re the best for me.’ – HAIDAR


TAPI kisah mereka bukan semudah yang disangka apabila Naim masih belum melepaskan Medina sepenuhnya. Syasya kata Naim gila talak tapi apa yang Syasya tidak tahu Naim punya perancangan yang mampu buat dia yang menggila. Nekad Naim, Medina pasti menjadi milik dia semula walau apa caranya!


 ‘Do you really love him, Dina?’ – NAIM 

 ‘Yes, he has made me feel things I’ve never felt before.’ – MEDINA 

 ‘Tapi you tak kenal siapa Aid sebenarnya Dina. Dan I tak nak you menyesal.’ – NAIM


KEBENARAN memang perit sehingga Medina rasa ruang untuk dia memiliki bahagia sudah terkunci rapat dan tak mungkin tergapai. Haidar yang diharap membina bahagia bersama rupanya bukan lelaki yang selayaknya. Dia mula menjauhkan diri dan berikrar untuk membina bahagia tanpa sosok seorang lelaki dan cinta!


 ‘You punished me without giving me a chance to defend myself.’ - HAIDAR