• image_C238E94F-CF34-406B-8443-9485823907C4_1746671886
  • image_89DC8B7B-BE13-4C8F-BA56-F34E9C413F30_1746582014
  • image_636FF656-E3B7-4CAD-AF24-1D3EDE283D27_1746582014
  • image_93368B3A-695F-4EBE-A155-7802AAB8A7C6_1746582014
1

AA IDEA PUBLICATION

[PRE-ORDER] MATHS - MISS BLOSSOM

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :


"2x darab 2xy jawapannya 4x²y! Mana datang q ni?" - AIRIL NAJMI


Pernah terfikir tak bila kau kena belajar Matematik dengan budak poyo lagikan sombong? Semuanya bermula apabila Ain Qaisara menerima keputusan yang teruk dalam subjek Matematik ketika peperiksaan pertengahan tahun. Tiba-tiba pula pelajar pintar + sombong, Airil Najmi diarahkan oleh cikgu untuk mengajarnya subjek tersebut. Haru!


Macam mana Airil, si dingin dan angkuh akan mengajar Ain, gadis ceria dan bersikap childish? Dalam kelas pun lelaki itu buka mulut apabila perlu saja. Inikan pula perlu melayan Ain yang mulutnya tak reti diam dan kepoh mengalahkan wartawan Mstar!


Apa pula reaksi teman lelaki Ain, Faizz Daniel, apabila mendapat tahu kekasihnya sering meluang masa bersama Airil untuk mengulang kaji pelajaran setiap kali selepas sesi persekolahan?


"Sara, you're not cheating on me, right?" - FAIZZ DANIEL


Dalam menghitung hari menuju peperiksaan SPM, pelbagai ragam dan dugaan hidup yang dilalui oleh Aind; dan Airil. Ada yang bertaut dan ada pula yang makin menjauh. Begitulah... sehingga tali persahabatan yang lama terikat kukuh mulai menegang dan terputus. Cinta yang lama disemai akhirnya layu disiram rasa prasangka dan racun cemburu.


Tetapi... Apa yang paling tak disangka, salah seorang antara mereka tanpa sedar mula menyimpan rasa. Yang dahulunya paling dia benci, kini ingin sentiasa berada dekat di sisi. Jadi, bagaimana kesudahan kisah mereka?

Berjayakah Airil, Ain dan Faizz mencapai impian dan cita-cita mereka?


"Teman datang dan pergi, begitu juga sahabat. Namun, sahabat akan selalu menemukan jalan kembali." - unknown