BLEU FANTASY PUBLICATION
ANASTASIA (TWISTED TALES: PRINCESS SERIES #1) - SYU ARIANI
- Regular price
- RM 48.00
- Sale price
- RM 48.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
AINA NATASHA.
Kata mereka, dia ialah si kakak tiri Cinderella.
Tetapi Aina ikhlas menyayangi Elyana dan rela pertaruhkan nyawa sendiri demi si adik tiri. Selagi hayatnya masih ada, Aina takkan biarkan Elyana disakiti sesiapa.
Pada saat Elyana dijodohkan dengan Tengku Arhan Yuzlan, Aina terkesima.
Kerana lelaki yang ada di depannya kini ialah Arhan yang sama yang dia kenali tiga belas tahun lalu.
TENGKU ARHAN YUZLAN.
Kata mereka, dia bagaikan putera di dalam dunianya.
Hari demi hari dilalui dengan jiwa yang kosong. Tetapi pertemuan semula dengan Aina telah menyingkap kembali rasa yang dia kuburkan tiga belas tahun lamanya.
“Awak tak takut mati, Aina Natasha?” – Arhan
“Saya takut mati tapi saya lebih takut jadi pembunuh,” – Aina
Arhan tersentak. Hakikatnya, dia juga sama.
Bersama, mereka cuba melindungi dan menjaga Elyana.
Pada saat dua hati kembali berbunga, ancaman demi ancaman menggugat keselamatan dan perasaan mereka.
“Aku takkan biarkan Aina dibunuh disebabkan kau!” – Hadi
“Kau fikir aku akan biarkan dia sentuh Aina Natasha?” – Arhan
Satu per satu kebenaran terbongkar. Sedikit demi sedikit kekuatan Aina dan Arhan merapuh. Apa yang mereka lihat, bukanlah realitinya. Apa yang mereka tahu, bukanlah hakikatnya. Lalu, Aina tertanya-tanya sendiri.
“Akan adakah pengakhiran bahagia untuk dirinya, Anastasia, si kakak tiri Cinderella?”