• image_5B0B4B7C-B7A7-42C6-AD07-DCFF29CEE743_1761916950
  • image_D08CDA0C-2A25-462D-AF33-80AF739C03A7_1764169226
  • image_78B563BE-8376-4866-A43A-40C2ED7FE5F1_1764169226
  • image_FC6C6E5D-C4B2-4C59-AD76-FE32FEE72CF3_1764169226
1

RC EXCLUSIVE NOVEL

BUNGA ABADI - NICAWALIF

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB : 


Muhammad Althaf Dailami - Seorang anggota PASKAU yang bernaung di bawah TUDM. Tegas dan komited dalam melaksanakan tugas. Siapa sangka, tugasnya menyebabkan dia kehilangan kekasih hati kerana kesibukan bekerja.


"Salah aku sebab memetik bunga abadi yang bernama Arina Kaisara ni di taman orang lain." —Althaf Dailami


Kekecewaan yang dirasainya menyebabkan Althaf nekad menerima pilihan hati ibunya. Namun, pinangannya ditolak oleh wanita itu. Dia tidak kecewa, tetapi hanya menerima hakikat bahawa cinta mungkin bukan miliknya.


Anggun Laura - Seorang akauntan yang bekerja di bawah firma swasta. Telus dalam menjalankan tugas. Seorang gadis yang ayu dan ceria, mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat terpesona. Di sebalik wajah ceria itu, menyimpan seribu satu sejarah hitam. Pengkhianatan kekal dalam ingatan membuatkan dia trauma untuk mengenali lelaki.


"How could you..." —Anggun Laura


Pertemuan secara tidak sengajanya dengan Althaf Dailami seakan memberi sinar harapan baru untuknya dan juga Althaf. Perkenalan yang singkat membawa kepada satu ikatan yang sah.


"Anggun sudi tak jadi isteri Althaf?" — Althaf Dailami


Saat bahagia mula dikecapi, masa lalu mula muncul kembali, meragut bahagia yang baru sahaja dibina. Akankah Anggun Laura menjadi bunga abadi milik Althaf?

Benarkah cinta itu sebenarnya memang milik mereka?


"Pulang bernyawa demi bunga yang menanti."