RMA STUDIO
KILL LEA - SASASERA
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
“Kau ni bawa sial, tahu tak? Kau lahir dalam penjara, anak banduan! Patutnya kau tak wujud pun dalam hidup aku!” - Intan
Hazelea menderita sejak kecil. Ibunya meninggal dunia setelah melahirkan Hazelea di dalam penjara. Dia dipinggirkan oleh papanya sendiri, Hakim. Dihina dan didera oleh ibu tirinya, Intan. Dia juga dibuli oleh adik tirinya, Adra. Namun, dalam kelam hidupnya, wujud satu cahaya, Tengku Wakill.
Sejak zaman sekolah, lelaki itu membawa sinar harapan dalam hidup Hazelea yang malang. Percintaan mereka akhirnya membawa ke jinjang pelamin walaupun darjat mereka berbeza.
Hazelea bahagia. Namun, segalanya musnah apabila selepas seminggu dia melahirkan Tengku Afiya (Yaya). Dia meninggalkan suami dan anaknya tanpa sebarang jejak. Tengku Wakill kemurungan selepas kehilangan isterinya.
Setelah empat tahun berlalu, Tengku Wakill memilih untuk bertunang dengan Adra yang kini menjadi insan paling dekat dengan Yaya dan keluarganya tetapi pada hari pertunangannya, Hazelea pulang.
“Empat tahun, Lea. Empat tahun saya belajar untuk move on. Jangan rosakkan semuanya sekarang. Saya dan Yaya dah bahagia tanpa awak. Kami dah tak perlukan awak dalam hidup kami.” - Tengku Wakill
“Adra tak pernah paksa mereka terima Adra. Semua ini berlaku sebab Kak Lea yang tinggalkan mereka. Semua yang berlaku sekarang ni salah Kak Lea.” - Adra
Paling menyayat hati, Yaya memanggil Adra sebagai ‘mama.’ Yaya juga tidak pernah tahu kewujudan Hazelea.
“Mama? Tapi Yaya dah ada mama. Nama mama Yaya, Adra.” - Yaya
Hazelea tetap bertahan di sisi suaminya demi Yaya. Namun, dia kini bukan lagi Hazelea yang dulu. Dia takkan biarkan dirinya dihina dan dibuli lagi.
“Status Adra setakat tunang tapi Kak Lea ni isteri yang sah. Jadi Kak Lea nak nasihatkan Adra, jaga sikit maruah.” - Hazelea
Tapi mampukah Hazelea terus bertahan apabila semua pihak ingin dia pergi? Majlis perkahwinan Tengku Wakill dan Adra juga semakin hampir.
Tengku Wakill pula, benarkah pintu hatinya sudah tertutup untuk Hazelea? Dan apakah sebenarnya rahsia yang Hazelea simpan selama ini?