RMA STUDIO
SUAMI TERBAIK BUAT RAISSA - SASASERA
- Regular price
- RM 37.00
- Sale price
- RM 37.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
“Aku ni gemuk. Hmm… tak lawa pula tu. Kau rasa ada ke lelaki yang akan cintakan aku dan sudi nak kahwin dengan aku?” - Raissa
Berkahwin dengan lelaki yang dicintai dan mencintai dirinya sepenuh hati adalah impian Raissa dari kecil lagi. Itu yang selalu diluahkan kepada sahabat baiknya, Rafi.
“Orang yang cintakan kau akan terima diri kau seadanya, Raissa. Bagi aku, kau sempurna dekat mata dan hati aku.” - Rafi
“Memanglah kau cakap macam tu sebab kau tu kawan baik aku. Nak jaga hati aku, kan?” - Raissa
Tanpa Raissa tahu Rafi mencintai dirinya yang tidak sempurna dari awal lagi tapi terus memilih untuk memendam rasa cinta itu. Rafi bimbang persahabatan mereka akan musnah kerana perasaannya.
Kehadiran Afzal yang sudi menerima dan mencintai Raissa apa adanya, memusnahkan semua impian Rafi. Sedar dirinya sudah terlambat, Rafi reda, Raissa bukan jodoh yang tertulis buat dirinya.
Raissa sangka apabila dia mendirikan rumah tangga bersama Afzal, mahligai perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan restu orang tua akan berbahagia sentiasa sehingga akhir hayat. Namun, kehadiran Jiha, sahabat baik Afzal, menggugat status Raissa sebagai isteri Afzal.
“Rai jangan cuba nak pisahkan Jiha dengan Zal sebab Jiha takut Rai yang kena tinggal nanti. Percayalah yang Zal takkan boleh hidup tanpa Jiha.” - Jiha
Cuba untuk bertahan, namun obsesnya Jiha terhadap Afzal bukan keleng-keleng. Satu tragedi yang berlaku buatkan Raissa enggan terluka lagi dalam ikatan perkahwinan yang penuh air mata.
Rafi kembali mewarnai hidup sahabat baiknya dan kali ini dia enggan terlewat lagi untuk meluahkan rasa hati.
“Aku cintakan kau, Raissa. Aku tak pasti sejak bila tapi aku memang dah lama nak kau jadi isteri aku. Kau nak jadi isteri aku tak?” - Rafi
“Tolonglah terima abang balik. Kita mula sekali lagi. Kita kahwin semula. Abang janji kali ni Jiha takkan ganggu kita lagi. Rai masih cintakan abang, kan?” - Afzal
Jadi bagaimana akhirnya? Siapa pilihan Raissa? Afzal atau Rafi?
Siapa sebenarnya suami terbaik buat Raissa? Semuanya bakal terjawab dalam naskah penuh emosi, SUAMI TERBAIK BUAT RAISSA.