• JPEG_20240516_145203_2096537614329968502
  • IMG_2463
  • 17
1

SUARA HATI PUBLICATION

JELITA - FARA HANA

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products
BLURB :

Hari bahagia Jelita dikotori dengan kes tangkap khalwat bakal suaminya sendiri saat dia berdebar menanti waktunya mereka akan diijabkabulkan. Jelita kecewa dan rasa terpukul dengan insiden tersebut lalu melarikan diri tanpa berpaling lagi. Pernikahan dibatalkan dan Jelita akhirnya memencilkan diri di dalam sebuah suite hotel mewah tanpa menyedari bahawa pekerja hotel telah tersalah memberikan kunci bilik kepadanya.

            “Who the hell are you? What are you doing here? In my room!”- RAEL

            “Saya rasa lebih baik encik pergi dari sini kalau tak nak ada apa-apa masalah. Kalau tak saya akan suruh pihak hotel panggilkan polis dan tangkap encik atas dakwaan menceroboh dan berniat jahat pada saya.” – JELITA

            Sejak dari kes itu Jelita dan Rael sering bertemu tak kira masa dan tak kira tempat sehinggakan Jelita merasakan lelaki itu mengekori dan mengintipnya. Menyebalkan!

            “Apa masalah awak ni? Awak intip saya eh?” - JELITA

            Pertemuan mereka tidak berhenti setakat itu sahaja tetapi insiden di mana Jelita diculik bersama Rael telah menjadi titik tolak akan perhubungan yang lebih serius. Rael mahu memperisterikan Jelita sekalipun Jelita mati-mati menolaknya. Kisah lalu sudah cukup membuatkan Jelita trauma dan dia masih belum dapat menerima sesiapa dalam hidupnya apatah lagi lelaki seperti Rael.

            “Mereka semua takkan pernah berhenti selagi belum menghancurkan hidup I dan daddy menggunakan orang-orang yang rapat dengan kami. Tolonglah faham dan beri kerjasama. At least sehingga mereka ditangkap. Selepas itu kalau you nak I ceraikan you pun I akan tunaikan.” – RAEL

            Jelita jadi serba salah lebih-lebih lagi bekas tunangnya sering datang mengganggu konon mahu menyambung semula hubungan mereka. Dalam masa yang sama Jelita tidak sanggup mengulangi kesilapan yang lalu. Pernikahan bukan jalan untuk bahagia. Patutkan Jelita menerima lamaran Rael atau jodohnya dengan si bekas tunang masih lagi panjang?