• image_3B77B07F-8009-4C68-8944-10A301B4C9A0_1774816120
  • image_2884B953-88B3-48FB-B38A-245DF113F976_1774815161
  • image_22328797-E118-4177-AEB2-AFCBE7C7F816_1774815161
  • image_69C9E8D8-0668-4914-9949-8B3424C76162_1774815161
  • image_AC2740B5-8EBA-40EA-BDA4-002861DA5CAF_1774815161
  • image_AC02A070-06DB-4126-8C15-12EA4AC50C3B_1774815161
  • image_D7FC1E2F-C79A-4A90-A6C0-BFAB0A448686_1774815161
  • image_15E8E0DE-C8BD-4C2B-AA8F-4C6853E31DF6_1774815161
  • image_BA188021-C5FD-45E6-B42F-AB7F2AE07304_1774815161
  • image_D607F92C-DCD9-4CC6-B35E-EEECF3DF64BE_1774815263
  • image_5E699055-029A-48C6-8D62-F5737CF0D4DA_1774815263
  • image_87B09941-187A-4399-8B56-C47AA9E9A46B_1774815263
  • image_443D98B7-AF95-47F9-8627-78E4B75ABB57_1774815263
  • image_5D7DC1C6-03C6-44D5-90AC-D8663F0CDFE3_1774815263
  • image_94F41637-151A-4A90-A9A5-BC8941E9F4D3_1774815263
  • image_E8253074-7C50-4BC7-B121-DAFBFAA68E7F_1774815394
  • image_3A37EB0B-CDA6-49E8-B9A8-8EB96B2C9FB0_1774815394
  • image_299521BE-5D19-4708-AC19-1112EF17C2D2_1774815394
  • image_2BD9B2DD-84BF-4A60-9B3F-44BCA5AE098A_1774815394
1

TINTA MELL

[PRE-ORDER] BLOOM SERIES - MELL MARIANN

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

✅ BUKU INI ADALAH BERSTATUS PRA-TEMPAH. KESABARAN ANDA AMAT KAMI HARGAI.


MELATI, THE POISON BLOOM - MELL MARIANN


BLURB :


Hidup Melati tidak seindah namanya.


Dia lahir daripada sebuah malapetaka. Anak yang tidak diminta, waris kepada dosa yang bukan miliknya. Di balik semua penderitaannya, ada satu nama yang tidak pernah padam dari ingatannya – Fauziah Hanum.


Wanita itu telah merampas segalanya.


Dan Melati bersumpah, suatu hari nanti dia akan membalasnya dengan cara yang tidak akan dijangka oleh Hanum.


Namun, yang dia tidak tahu… ada orang lain yang punya niat yang sama. Lelaki yang menyimpan rahsia di balik sut mewah dan senyuman liciknya – Tan Sri Nazeem Ahmad.


“You think you can outplay me, Melati?” – Nazeem.


Bagi Nazeem, Melati bagai racun yang boleh digunakan untuk menjatuhkan Fauziah Hanum.


Maka, permainan mereka bermula tanpa mereka tahu niat masing-masing. Nazeem mahu mengekalkan kuasa, manakala Melati pula didorong dendam kesumatnya pada Hanum.


“Oh, I don’t think. I know.” – Melati.


Dan dalam permainan licik mereka, cinta mula tumbuh di tempat yang salah.


“We both came to destroy her. But tell me, Melati… when did we start destroying each other instead?” – Nazeem. 

“Hidup I dah lama pun musnah…” – Melati.


Antara cinta dan dendam. Antara muslihat dan keikhlasan. Siapa sebenarnya mangsa dan siapa pemangsa? 

Kerana kisah mereka bagaikan kepingan puzzle yang tersusun membentuk sebuah permulaan cerita yang tidak mereka jangka.




BUNGA: THE FORBIDDEN BLOOM - MELL MARIANN


BLURB :


Tiga tahun perkahwinan berlalu, namun senyuman Bunga Wafiya sentiasa menjadi topeng yang melindungi hati yang retak.


Rizal – suami yang dijulang ramai sebagai bintang bola sepak – hanyalah seorang lelaki yang pandai melarikan diri daripada tanggungjawab.


Dan saat dia terjatuh dalam kecurangan bersama Nita, biras Bunga sendiri, seluruh dunia Bunga bagaikan runtuh menyembah bumi.


Rohan Zhang – lelaki berwajah dingin yang tidak gemar melihat Bunga tersenyum pura-pura.


Tetapi entah mengapa… hati asyik mengingkari fikiran. Langkahnya sering terhenti apabila melihat Bunga memaksa diri untuk kuat.


Apabila Bunga dihalau tanpa belas kasihan, Rohan menjadi tempat dia berpaut.


Daripada simpati, lahirlah satu ikatan.


Bukan cinta yang mudah, tetapi cinta yang hadir untuk menyembuhkan luka di jiwa.


“Saya tak nak menyusahkan sesiapa, Mr. Rohan…” – Bunga.


“You are not a burden, Bunga.” – Rohan.


Kemunculan Razil, kembar kepada Rizal, membuka kembali luka lama.


Namun, takdir menguji mereka sekali lagi apabila kemalangan meragut keupayaan Rohan.


“He always love you, Bunga.” – Rohan.


“Bunga tak pernah minta bahagia yang sempurna, Bunga cuma nak Abang.” – Bunga.


“Abang Zil cuma nak Bunga senyum macam dulu.” – Razil.


Di balik maruah, pengorbanan, dan keikhlasan hati: Di antara cinta yang pernah memulihkannya atau berpaling pada hati yang menunggunya tanpa suara. Yang manakah akhirnya menjadi pilihan Bunga?