BLOGIJAU ENTERPRISE
[PRE-ORDER] JIWA - REHAN MAKHTAR
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
MELIHAT kehancuran kakak tersayang kerana cinta pada seorang lelaki, telah membunuh Sidratul. Tidak hanya kak long, dia juga telah lama ‘mati’. Yang masih utuh di atas muka bumi, hanyalah satu jasad kosong. Bagaimana kak long begitu mencintai hingga mengorbankan kewarasan sendiri bila lelaki itu pergi menghadap Ilahi. Persoalannya tidak pernah berjawapan.
Bertahun dia pujuk hati untuk reda dengan segala ketentuan. Nampaknya takdir terus menduga sisa hidup yang ada. Lelaki yang katanya telah mati itu, hidup kembali. Boleh jadi, mereka hanya jasad yang serupa dengan jiwa berbeza. Itulah yang Sidratul harapkan dan dia perlukan jawapan. Perangkap yang dipasang mengena. Mangsa sepertinya menyerah.
“Mustahil tuan maksudkan untuk kahwin dengan saya, kan?” - NUR SIDRATUL
“Saya relakan diri saya untuk awak hancurkan. Sebab tu, kahwin dengan saya…” – AHMAD AL-MUNTAHA
“Dengan syarat?” - NUR SIDRATUL
“Syaratnya, bila dah berjaya, awak tak boleh kesal…” – AHMAD AL-MUNTAHA
Kerana Sidratul telah begitu tekad. Dia akan pastikan lelaki itu benar-benar mati kali ini. Namun, tidak sendirian. Dia… akan turut sama.