AHA PUBLICATION
[PRE-ORDER] SET BERKOTAK MARIPOSA MILIK MIKHAEL VOLUME 1&2 - LUVLEYTIEN
- Regular price
- RM 100.00
- Sale price
- RM 100.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
✅ BUKU BERSTATUS PRA-TEMPAH.
✅ PENGEPOSAN SELEPAS PBAKL 2025.
✅ FREE GIFT TERTAKLUK PADA AVAILABILITY
MARIPOSA MILIK MIKHAEL VOLUME 1 - LUVLEYTIEN
BLURB :
Tengku Yara Alyssa, seorang wanita yang dunianya dimamah rasa bersalah. Masa tidak mengubati luka tetapi masa mengajar Yara Alyssa untuk meneruskan hidup. Syed Fawwaz Mikhael, seorang anggota tentera elit Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang dingin dan tegas di mata semua orang. Jejaka yang menyimpan sebuah amanah untuk menjadi pelindung.
Takdir atau kebetulan? Hakikatnya, pertemuan mereka adalah sebuah kebetulan yang sudah ditakdirkan.
"Apa-apa jelah. Conclusion dia, kau ni serangga la kan? Okay, faham." - FAWWAZ MIKHAEL
"Kalau saya serangga, awak tu neraka. Hael dan Hell, tak jauh beza bunyinya." - YARA ALYSSA
Amanah yang dilaksanakan itu tanpa sengaja telah melahirkan rasa cinta dalam hati Fawwaz Mikhael. Rasa yang telah mendorong dia untuk menjaga gadis itu sehingga hembusan nafasnya yang terakhir. Tetapi bagi Yara Alyssa, lelaki itu seolah cerminan Yazdan Alias dalam figura yang lain. Persamaan kedua lelaki itu sering mengingatkan dia kepada arwah abang kandungnya.
“You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now, I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?” - FAWWAZ MIKHAEL
"Kenapa awak sanggup buat sampai macam ni untuk saya? Saya tak layak bahagia, Mikhael." - YARA ALYSSA
Kenyataan, hatinya turut telah terpikat dengan jejaka tersebut. Namun dia berkeras untuk menidakkan rasa itu kerana bagi Yara Alyssa, dia tidak layak untuk hidup bahagia setelah apa yang terjadi sebelumnya. Mampukah Mikhael menarik keluar kupu-kupu kecilnya daripada sangkar kegelapan? Mampukah Mikhael mengajar Yara apa itu erti kebahagiaan sebenar?
MARIPOSA MILIK MIKHAEL VOLUME 2 - LUVLEYTIEN
BLURB :
Kala bahagia mula menjengah dunia mereka, satu per satu ujian mula menimpa. Yara merasakan seolah dunia dengki dengannya. Dunia terlalu kejam untuk seorang insan yang menagih secebis kebahagiaan dalam hidup.
Ketika negara berada di ambang bahaya, Mikhael dihadapkan dengan satu keputusan yang sukar dalam hidupnya: memilih Yara, isteri yang sedang berduka, atau setia pada negara yang sudah lama dipertahankannya.
“Negara perlukan abang.” - FAWWAZ MIKHAEL
“Tapi Yara pun perlukan abang. Yara dah tak ada sesiapa.” - YARA ALYSSA
Cinta atau tanggungjawab? Keduanya memerlukan pengorbanan yang besar.
“Yara… Atau negara?” - YARA ALYSSA
Mampukah Mikhael membuat pilihan yang tepat? Atau pilihan yang mengundang penyesalan?
Selepas berbulan-bulan berkhidmat di luar negara dalam misi keamanan, Mikhael akhirnya kembali ke tanah air. Namun, kepulangannya disambut dengan sesuatu yang jauh lebih berat. Yara Alyssa, isterinya, menjadi mangsa balas dendam dari kisah silam yang tidak pernah dia duga. Dendam yang telah menarik Yara jatuh ke dalamnya tanpa sengaja.
“Aku cakap kau jangan sentuh isteri aku, syaitan!!!” - FAWWAZ MIKHAEL
Apakah masa depan mereka masih memiliki tempat untuk cinta yang telah diuji oleh dendam yang bukan milik mereka?