• image_424C3E72-5A2A-40AA-B26A-79EC9765D56C_1760347915
  • image_EF518BB5-8756-4F3B-BF10-7C70CD4DDF06_1760347916
  • image_69043EC6-70B1-43A2-9062-FF8F5D750836_1760347916
  • image_FF44488B-186F-424A-9B95-559029923B9C_1760347916
  • image_0D1E74BA-A800-4954-BE69-E59FAC1ECB29_1760347916
  • image_82FA9350-B05A-420C-8B03-F44B797BEDDF_1760348349
  • image_4594136A-54E0-4DC7-BA8D-E3323E8CFAF6_1760348349
  • image_31EC0C9C-582A-4327-86D9-BFECB0182CF4_1760348318
1

BOOKU ENTERPRISE

KEKASIH KHAYALAN - ACIK LANA

Regular price
RM 44.00
Sale price
RM 44.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :


Ya Allah, rumah apa yang dia beli ni? Jangan kata dia dah terbeli... rumah berhantu?


Arissa mula tak sedap hati. Bukan kerana terpaksa hidup dengan emak tiri dan anaknya yang kuat berdrama, tapi sebab dia sering rasa diperhatikan. Seolah-olah ada mata misteri sentiasa ralit mengawasi gerak-gerinya. Sehinggalah si ‘stalker’ betul-betul buat kemunculan istimewa. Tercongok tenung dia tengah sedap mengulit mimpi, tak ke putus oksigen dibuatnya?

 

“Macam... macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku?” ~ Arissa.


“What do you mean? You called me, remember?” ~ Luth.

 

Alasan Luth datang bertemunya hanya sebab ingin berkawan. Tapi sesuai ke mereka berkawan kalau lelaki itu kerap menunjuk keanehan yang ketara? Serius, Luth datang sekelip mata, kemudian menghilang sebelum nafas habis terhela. Ada ke manusia normal berkeupayaan macam tu? Dah tentulah tak ada!


Tapi Arissa jadi lupa dunia. Bila Luth kerap menghulur pertolongan, menadah telinga mendengar masalah, berkongsi hati dan saling meluah, hidup Arissa yang sunyi kembali berbunyi. Dan bunyi itu... hanya bunyi-bunyi yang indah. Yang sangat menyeronokkan setelah sekian lama.


Dan setiap kali berdepan dengan Luth, Arissa mula rasa tertarik, terpesona dan jatuh hati. Teman yang sempurna parasnya, baik hatinya, yang seperti mudah untuk dicintai. Tapi rupa-rupanya... Luth digayuti sejuta misteri. Misteri yang tak pernah tercapai dek akalnya pun boleh terjadi.

 

“Luth tak wujud, he’s dead. Dia dah lama mati, Arissa. Tak ada siapa-siapa pun berbual dengan kamu dekat pangkin tu.” ~ Uncle Amin.

 

Gila! Arissa menjadi sangat marah sehingga dunianya hampir runtuh berkecai. Tak mungkin! Kalau betul Luth dah meninggal dunia, siapa lelaki yang dia peluk di depan semua orang malam itu? Dan selepas bergelut, berhempas-pulas meyakinkan dunia tentang kewujudan Luth, sekali lagi kepercayaannya diranapkan.


Kali ini lebih kejam. Lebih sakit kerana dikhianati orang yang paling dia percaya!


“Ya... aku dah mati, Arissa.” ~ Luth.

 

Rasa diperbodoh-bodohkan, diperdaya, Arissa terus angkat kaki. Walau apa pun alasan si ghost matchmaker itu, dia takkan terima! Ingat senang-senang dia boleh pindahkan rasa cintanya kepada lelaki lain? Luth memang melampau! 

 

“I fell for a ghost, Luth. Itu yang paling sakit!” ~ Arissa.

“I feel hurt too! But loving you means... letting you go.” ~ Luth.

 

Jika perpisahan yang menjadi penamat, lalu tangan siapa yang selayaknya melindungi hati Arissa? Atau sudah takdir Tuhan... cinta dia harus terkubur bersama Luth? Sampai ke akhir nyawa?