• image_F6389948-1536-4126-9977-BCCB4BAD38DA_1758161416
  • image_F2156600-0288-48BC-997D-EEE4525777EC_1758161416
  • image_1F2B334A-FC4F-4BC4-84B7-97A502D88771_1758161416
  • image_485AC7C0-8C57-4074-9464-0F802DAC2BCC_1758161416
  • image_54B6ADA2-815B-4DA6-962A-6AC4B3BD99A0_1758161416
  • image_243F7978-F31C-4835-8402-AD5E75DF528E_1758161416
1

RMA STUDIO

MENCINTAIMU MR. BODYGUARD - DAISY SAERA

Regular price
RM 39.00
Sale price
RM 39.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB : 


BUNGA DALISHA, pelakon popular yang hidupnya berubah meniadi mimoi ngeri apabila mula menerima surat-surat pelik daripada seorang peminat misteri.

Kemunculan seorang lelaki asing membuka lembaran baru dalam hidupaya.


HAYYAN MIKAEL, seorang inspektor polis yang dingin dan penuh rahsia, tiba-tiba muncul sebagai pengawal peribadi Bunga.


Awalnya, Bunga menolak. Dia tidak selesa dengan kehadiran Hayyan yang sentiasa memerhati setiap gerak-gerinya. Namun, demi keselamatan dan desakan sahabatnya, dia akur.


“Saya harap kita boleh jaga jarak. Saya tak biasa dengan orang asing dekat dengan saya sepanjang masa.” - Bunga


Tapi hati bukan milik logik. Kata-kata itu akhirnya dilanggarnya sendiri. Dalam diam, Bunga mula jatuh hati pada lelaki beku itu.


“Hay, saya… saya suka awak.” - Bunga


Namun perasaanya tidak bersambut. Hayyan menolak, keras dan dingin seolah-olah ada tembok yang tak mampu ditembusi.


“Cik Bunga, berapa kali saya nak cakap? Saya ada kat sini sebab kerja. Tanggungjawab saya jaga Cik, bukan lebih dari itu. Saya tak ada masa nak bercinta.” - Hayyan


Tapi Bunga tidak mudah menyerah. Larangan itu bukan penghalang, malah membakar tekadnya. Dia terus mencuba, terus mendekati dan akhirnya, tembok itu runtuh. Cinta Hayyan terbuka untuknya.

Namun di saat kebahagiaan itu hadir, rahsia silam Hayyan terbongkar dan hati Bunga hancur dalam sekelip mata.


“Kalau awak cintakan saya, awak tak buat semua ni. Bagi saya, cinta itu memerlukan kejujuran, bukan penipuan.” - Bunga


“Saya tak sepatutnya buat awak macam tu. Saya tak ada niat nak tipu awak. Kalau awak marah, awak boleh pukul saya, boleh hukum saya… tapi tolong, jangan jauhkan diri dari saya.” - Hayyan


Apa sebenarnya yang Hayyan sembunyikan? Dan bila kebenaran terbentang di depan mata, mampukah Bunga menerima hakikat bahawa dirinya mungkin cuma bayang-bayang dalam hidup lelaki itu?


Atau, cinta mereka sebenarnya ditakdirkan untuk terkubur?