• image_385F51D4-BDC2-4DFD-AEC9-857EEFBF3A43_1749392532
  • image_C390387D-EE0B-43FC-937D-838DC8024039_1749392532
  • image_4DF87D5F-0C38-4BF2-A9CB-0DF714C053A0_1749392532
1

RMA STUDIO

MR. SEDUCER - AEEMAMEL

Regular price
RM 37.00
Sale price
RM 37.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :


Hani Daerina Dawson, seorang pelajar tahun akhir jurusan seni reka fesyen di sebuah universiti awam, memilih untuk melancong ke serata dunia bagi menghabiskan usia mudanya. Dari kecil sering dimanjakan oleh keluarga, memandangkan dia merupakan satu-satunya anak perempuan bongsu, membuatkan dia berfikiran semua lelaki bakal tidak mampu untuk menepati cita rasa dan ekspetasinya. 


Namun, lain pula rahsia Tuhan untuk Hani Daerina. Dari Malaysia hingga ke kota Amsterdam, Tuhan mempertemukan dia dengan seorang juruterbang kerek bernama Dariel Lutfan. Niat Hani Daerina mahu bersiar-siar di atas bot mengelilingi terusan, alih-alih ada mamat itu yang sibuk mahu cuba meluah perasaan.


“I know this sounds strange, but I think, I am weirdly attracted to you. I didn’t expect to feel this way about someone I just met, but there’s something about your personality that draws me in.” - Dariel Lutfan


“Whatever you reason is, I don’t care. I am not interested.” - Hani Daerina


“Awak gila ke? Saya suka perempuan gila.” - Dariel Lutfan


Pening! Ingatkan cerita situ habis situ, rupanya lain yang jadi apabila sekali lagi mereka dipertemukan dengan cara yang paling tidak disangka-sangka. Bagi Hani Daerina, walaupun lelaki itu cuba mengurat dia, namun tetap terkadang dia berasa jengkel dengan perangai Dariel Lutfan yang selalu membuatnya naik hantu. Mana tidaknya, cara mengurat pun serupa mahu menggatal! Selepas itu, suka benar bercakap benda yang menyakitkan hati. Macam mana Hani Daerina mahu terima?


“Kahwin tu nanti-nanti pun boleh, Hani. Saya nak makan dulu. Nak awak teman. So, boleh tak senyap? Dari tadi bercakap ikut emosi. Saya peninglah, sayang.” – Dariel Lutfan


Semakin Hani Daerina cuba mengelak untuk tidak terjatuh dengan perwatakan menggoda seorang Dariel Lutfan, semakin ia menggoyahkan hati, perasaan dan pendiriannya. Apakah akhirnya Hani Daerina akan terus menolak perasaan yang mula bercambah atau membiarkan hatinya terbuka pada cinta yang tidak dijangka?