• image_2401544E-E1D9-4C44-8966-8B306DAF978B_1749392722
  • image_2F572D27-365C-427A-BFC1-CCB49399B89D_1749392722
  • image_2549058A-5592-4662-86C4-9E6EFEA30E4E_1749392722
1

RMA STUDIO

PELUANG BAHAGIA - MISZHANN

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Postage Across Malaysia | Rose Biru Bookstore
Postage Across Malaysia
Secure Payments | Rose Biru Bookstore
Secure Payments
Authentic Products | Rose Biru Bookstore
Authentic Products

BLURB :


Alasan pertama ; "Dasar perempuan samseng! Memang patut pun mama dan papa aku tak berkenan dekat kau. Kau dengan aku tak sekufu!"


Alasan kedua ; "Enough with this nonsense, Mateen. Lelaki lembik dan pengecut macam you takkan pernah layak untuk I."


Atiya dihina oleh Hilman. Mateen ditinggalkan oleh Nadia.


Sakit itu pasti. Namun apabila hati yang saling terluka itu bertemu, mungkin ada cerita bahagia di sebalik air mata.


"Sorry! Saya ingatkan ni kereta saya." - Atiya


"Awak sepak tayar kereta saya sampai bergegar kereta, tahu tak? Saya ingatkan ada gempa bumi tadi." - Mateen

 

Pertemuan pertama mereka lucu dan melalui itu, ada pertemuan seterusnya. 


"Maknanya, kita kena selalu jumpalah, kan? Bila saya tolong awak, boleh saya dapat doa free lagi!" - Mateen


"Tak perlu tolong saya selalu pun, boleh je saya selitkan nama awak tiap kali lepas solat. Bak kata orang, kenang daku dalam doamu." - Atiya


Sejak diri putuskan untuk mencuba, hati mereka sering berbunga-bunga dan jiwa bersorak gembira sampaikan Atiya dan Mateen sama-sama terlupa, bahawa hati mereka pernah menjadi milik orang lain.


"I rindu you, Tiya."


"Hilman tak macam you, Mateen."


Orang kata, cinta pertama akan sentiasa menjadi juaranya. Maka... bersama siapa harus Atiya dan Mateen perlu mencuba peluang bahagia itu?