LOVE NOVEL PUBLISHING
TAKDIR DUKA BAHAGIA ALISA - MISS NAS
- Regular price
- RM 37.00
- Sale price
- RM 37.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB :
Nur Alisa… 25 tahun hidupnya menderita sebagai anak yang dibenci dan dibuang keluarga. Sang ayah begitu kejam mengatur hidupnya sebaik saja sang ibu meninggal dunia. Malah dia diusir keluar dari rumah sehari selepas tamat peperiksaan SPM tanpa ada apa-apa bersamanya. Rentetan daripada itu, satu tragedi hitam menimpa sehingga memusnahkan jiwa muda itu.
“Saya memang terdesak mahukan kasih sayang seorang ayah daripada Tan Sri. Tapi saya tak akan gadaikan maruah saya!” – Nur Alisa
Tidak lagi berdaya memenuhi kehendak lelaki yang patut dipanggil ayah, Alisa memilih jalan singkat. Namun kehadiran Ghaus Aalam, lelaki yang menjadi majikannya sempat menyelamatkan gadis itu daripada bertindak di luar akal fikiran
Sejak itu, Ghaus cuba menjadi penyelamat dan pelindung Alisa. Lama-kelamaan perasaannya terhadap Alisa sudah lebih daripada sepatutnya. Namun Ghaus itu tunangan Dahlia. Apakah pilihan yang harus Ghaus pilih?
“Kau tak akan mampu rosakkan kebahagiaan anak aku, Alisa! Cermin diri kau dulu. Kau itu perempuan kotor!” – Tan Sri Dayyan
Walaupun malam itu Tan Sri Dayyan berjaya menghancurkan sekeping hati milik Alisa sampaikan gadis itu rasa itulah puncak seksaan yang paling tinggi dalam hidupnya, rupa-rupanya malam itu permulaan Alisa membina bahagianya bersama lelaki yang dijanjikan oleh Allah SWT untuknya.
“I love you, Nur Alisa! I love you!”
Duka dan bahagia Alisa terpisah hanya satu garisan halus. Deritanya itulah bahagianya. Bahagianya itulah deritanya. Kuatkah Alisa melalui semuanya bilamana orang-orang yang disayanginya merupakan punca dia mendapat derita itu? Benarkah rahsia Puan Sri Arizah dan dendam Tan Sri Dayyan asbab daripada kelahirannya? Mampukah rahsia yang terbongkar mencipta bahagia yang Alisa dambakan?