MA PUBLICATION
TEMAN HIDUP - LILY KALTSUM + free photocard
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
✅ FREE PHOTOCARD.
BLURB :
Menjadi pembantu dan pengasuh bukanlah impiannya. Tetapi Inayah tetap bangga dengan pekerjaannya itu. Apatah lagi, Anisah sebagai majikannya melayan dia dengan sangat baik.
Namun, apabila tiba-tiba Anisah mahu dia berkahwin dengan suami wanita itu, Inayah terpaku.
"Saya nak meminang Ina untuk tuan. Saya nak Ina kahwin dengan tuan, jadi isteri dia. Ina setuju?" - Anisah
Lutfi terlalu mencintai Anisah. Impiannya, dia mahu hidup bahagia bersama Anisah sehingga ke syurga. Tapi permintaan Anisah yang mahu dia berkahwin dengan Inayah membuatkan Lutfi terkedu.
"Saya nak abang kahwin dengan Inayah." - Anisah
Percayalah, meminta suaminya untuk berkahwin lain bukanlah perkara yang mudah. Jauh dalam hatinya dia juga rasa hancur. Tapi dia terpaksa melakukan semua ini demi lelaki kesayangannya itu.
"Sayang nak abang hidup bahagia. Dan sayang yakin hanya Inayah mampu beri abang kebahagiaan itu." - Anisah
Mampukah Lutfi bersetuju dengan permintaan Anisah?
Sanggupkah Inayah menjadi orang ketiga? Dan benarkah Anisah betul-betul rela melihat suaminya menikahi perempuan lain?